Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Hayati Makna Sebenar ‘Hijrah’...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu setiap umat...

Bah Johor: Jumlah Mangsa...

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini bertambah baik apabila jumlah mangsa yang...

Hadapi 4 Pertuduhan Eksploitasi...

KUANTAN - Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Saksi, Syed Saddiq Nafi...

KAJANG - Seorang setiausaha politik menteri hari ini menafikan beliau dan menterinya, Syed...

Penganggur Dipenjara Enam Minggu, Denda RM2,500

SHAH ALAM – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam minggu dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas didapati bersalah mencuri wang tunai RM800 dan dua tong gas memasak di dua surau dan sebuah masjid di Sungai Buloh dekat sini.

Majistret P. Sarulatha menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Nor Azlan Shah Yahya, 32, mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Lelaki itu didakwa mencuri wang tunai kira-kira RM200 dan dua tong gas memasak milik Masjid An Nur di Jalan Seri Pagi 13, Saujana Utama, Sungai Buloh dekat sini, kira-kira 12.20 tengah hari pada 28 Sept 2015.

Bagi kesalahan itu, Sarulatha menjatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM1,000 atau sebulan penjara jika dia gagal membayar denda.

Tertuduh juga didakwa mencuri wang tunai kira-kira RM200 milik Surau Makmuriah di Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor, Rumah Murah, Ladang Baru, Kuang, Sungai Buloh, kira-kira 3.45 petang pada 21 April lepas.

Bagi kesalahan itu, Nor Azlan Shah dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM500 atau dua minggu penjara jika gagal membayar denda.

Tertuduh turut didakwa mencuri wang tunai kira-kira RM400 milik Surau Al Falah di Jalan 13/2, Bandar Puncak Alam, Sungai Buloh kira-kira 8.33 pagi pada 16 Dis lepas.


Bagi kesalahan itu, Nor Azlan Shah dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda.

Sarulatha memerintahkan kesemua hukuman penjara itu dijalankan berasingan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 27 Dis lepas.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan berkuat kuasa dari tarikh tangkapan atas alasan dia hidup dalam kesusahan dan perlu menanggung ibunya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Timbalan Pendakwa Raya Ng Wee Li bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat berbentuk pemenjaraan kerana sebagai penganut agama Islam, tertuduh tidak sepatutnya mencuri harta benda di surau dan masjid.

Beliau berkata alasan tertuduh bahawa ibunya seorang OKU juga bukan faktor untuk dia tidak mencari pekerjaan yang sah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori