Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pelakon Lucah Bunuh Diri...

SEORANG pelakon lucah, August Ames telah ditemui maut dengan kemungkinan bunuh diri menjadi...

Insiden Parapet: Tindakan Undang-Undang...

KUALA LUMPUR - Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam insiden parapet atau...

UMNO Belum Putuskan Kerjasama...

MASJID TANAH - UMNO akan memutuskan kerjasama politik dengan parti tertentu dalam menghadapi...

AirAsia Kemuka Surat Tuntutan...

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd telah menyerahkan surat tuntutan berjumlah RM409 juta kepada...

Pengecualian Caj GST Kad Tambah Nilai Prabayar Kekal

PEKAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pengecualian cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap kad tambah nilai prabayar akan terus dikekalkan pada tahun depan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata langkah tersebut diambil untuk meringankan bebanan rakyat kerana menyedari bahawa ramai pengguna telefon bimbit terutamanya golongan belia bergantung kepada perkhidmatan telekomunikasi prabayar (kad prabayar) itu.

Beliau mengumumkan perkara itu dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat GiatMara Pekan di Bandar Peramu di sini.

Kerajaan di bawah langkah penambahbaikan GST pada akhir tahun lepas telah mengecualikan caj GST terhadap kad tambah nilai prabayar telefon bermula 1 Jan lepas sehingga 31 Dis ini.

Sementara itu Najib menafikan jadual padat beliau di Pekan hari ini ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Tak… tak…Saya balik ke Pekan hari ini tujuan untuk menjalankan tugas sebagai Anggota Parlimen, meninjau sejauh mana keberkesanan dasar dan program kerajaan sama ada sampai kepada kumpulan sasar.


“Saya dapat saksikan hari ini program yang dilaksanakan oleh kerajaan sememangnya dapat mengubah keadaan hidup rakyat di kawasan Pekan dan seluruh negara seperti projek untuk membina rumah-rumah bagi menangani masalah kemiskinan di bandar umpamanya,” katanya.

Najib yang menjadi Anggota Parlimen Pekan sejak 1976 mempunyai jadual lawatan yang padat hari ini dengan menghadiri sembilan program sejak pukul 10 pagi. Program terakhir beliau adalah pada 7.30 malam ini iaitu makan malam bersama Persatuan Cina Pahang di Hotel Zenith, Kuantan.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata krisis di Aleppo, Syria memerlukan usaha penyelesaian secara politik kerana sekiranya pertembungan berlaku berterusan, ia akan memberi kesan buruk kepada orang awam.

“Kita memang berasa sedih peristiwa di Aleppo, sangat menyayat hati bukan sahaja dalam kalangan orang Islam tetapi juga bukan Islam. Ia merupakan satu masalah krisis kemanusian begitu dahsyat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori