Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Kampus Induk Universiti P.Ramlee...

RASMI... Setelah lebih tiga tahun berteka-teki, akhirnya Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara)...

Wanita Terkejut Doktor Yang...

WANITA ini, Anastasia telah diserang dengan ganas di sebuah kelab malam hingga memaksanya...

Cara Nak Ajar Orang...

BENGANG tak kalau kita menghantar pesanan teks ringkas dengan harapan penerima itu akan...

Wanita Kongsi Pengalaman Ditipu...

Seorang pengguna Facebook, Mimi Ezura Esa telah berkongsi pengalamannya ditipu oleh individu yang...

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Diminta Turun Padang

BENTONG – Semua pengerusi badan perhubungan UMNO negeri diminta turun padang bagi bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) termasuk tumpuan terhadap kawasan berpotensi mampu dirampas semula daripada pembangkang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zaid Hamidi berkata gendang perang sudah dipalu pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 untuk semua jentera parti menggerakkan usaha bagi memenangi PRU akan datang.

Justeru, beliau meminta jentera parti parti merapatkan barisan dalam kalangan anggota dan juga dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi memastikan setiap pengundi berdaftar dalam senarai semakan mereka ditemui.

InsyaAllah kita mampu menang besar dengan syarat DNA UMNO dan parti komponen BN yang sekian lama menjadi garis panduan dan asas perjuangan dipertahankan serta memastikan kesetiaan penyokong BN tidak terlepas, katanya.

“Melalui cara itu, saya berkeyakinan kita dapat tebus beberapa kekecewaan yang kita alami sebelum ini,” katanya ketika berucap merasmikan majlis jamuan malam dan penyampaian hadiah Kejohanan Golf Piala AZH di Colmar Tropicale Berjaya Hotel & Resort, Bukit Tinggi, di sini malam ini.

Lebih 1,100 perserta menyertai kejohanan edisi ketiga itu bagi merebut hadiah utama berupa sebuah kereta proton Saga 1.3 CVT.

Dalam masa yang sama, Ahmad Zahid, yang menjalankan tugas sebagai timbalan presiden parti, turut memuji dan mengkagumi semangat serta prestasi luar biasa presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam PAU yang berakhir semalam.


“Kita tahu terlalu banyak isu yang disepak terajang kepada kita sejak akhir-akhir ini, namun saya kagum dengan presiden kita bermula dari awal majlis taklimat presiden sehingga ucapan penggulungan dan Perhimpunan Solidariti Rohingya, beliau telah menunjukkan prestasi yang luar biasa,” katanya.

Katanya, faktor utama kekuatan Najib kali ini ialah sokongan dan dokongan tidak berbelah bahagi oleh semua anggota parti pelbagai peringkat termasuk semua pengerusi badan perhubungan negeri.

Beliau sekali lagi menyeru agar semua jentera parti bekerja keras kali ini kerana mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar daripada mencapai kemenangan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UMNO

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori