RASAKANā¦seorang pengurus kedai serbaneka berdepan dengan tuduhan jenayah selepas cuba merakamkan gambar di bawah skirt seorang pelanggannya, yang rupa-rupanya merupakan adalah penyampai berita terkenal di Taiwan, Glori Liu.
Ketika itu, Liu sedang memilih air di dalam peti sejuk apabila pengurus kedai berkenaan, Cheng Hsi-chan cuba merakamkan bawah skirt Liu.
His-chan bagaimanapun tidak bernasib baik apabila telefon bimbitnya itu terkena paha mangsa lalu terjatuh.
Dia yang baru dilantik sebagai pengurus, beberapa bulan lalu pada mulanya menafikan tuduhan cuba melakukan gangguan seksual terhadap Liu dan mendakwa video klip yang dirakamkannya itu adalah dari Internet.
“Jadi wanita dalam video (Internet) ini memakai baju yang sama dengan saya?āā soal Liu, menyebabkan Hsi-chan tidak dapat mengelak lagi dan mengaku berbuat demikian akibat tekanan kerja.
Susulan perbuatan itu, His-chan telah dipecat dan dia juga tidak menyedari bahawa mangsanya itu adalah seorang selebriti yang popular.
Liu turut berkongsi kisah berkenaan dengan peminatnya. – MYNEWSHUB.CC