Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pertama Kali Kes Rogol...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa...

Mia Enggan Kongsi Berita...

AWAL bulan lalu, pelakon Mia Ahmad mengakui mengalami keguguran. Namun sehingga kini, dia...

Nak Bercuti? Ini Sebab...

TIDAK dapat dinafikan, semua orang tentu mempunyai keinginan untuk pergi melancong, tidak kiralah...

MB, Exco Wajib Isytihar...

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata beliau dan 10 barisan...

Penjaga Premis Urut Didakwa Dagang 2 Wanita

KUALA LUMPUR – Seorang penjaga premis urut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan masing-masing seorang wanita warga Thailand dan Vietnam.

Goon Ji Chun, 26, didakwa memperdagangkan wanita berusia 32 dan 18 tahun itu bagi maksud eksploitasi seks di Taipei Nami Massage, Tingkat 2, Jalan 10/116B Kuchai Entreprenuer Park, di sini pada 7.30 malam, 23 November lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh juga didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Najwa Bistamam tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan kes yang membabitkan pemerdagangan dan eksploitasi manusia itu merupakan kes yang tidak boleh dijamin.

Najwa bagaimanapun berkata sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, pendakwaan memohon jumlah yang tinggi beserta syarat tambahan, mengambil kira kes itu melibatkan kepentingan awam selain bagi menjamin kehadiran tertuduh ke mahkamah.

Tertuduh yang diwakili peguam Vincent Chew memohon mahkamah membenarkan jaminan atas alasan tertuduh merupakan anak sulong dan perlu menyara keluarga termasuk seorang ibu yang sudah uzur.


Hakim Madihah Harullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada minggu pertama setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 4 Januari untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori