Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Wanita Didenda RM162,262 Kerana...

Seorang wanita yang telah memeriksa telefon suaminya selepas mengesyaki lelaki itu curang, telah...

Pasar Raya, Farmasi Beroperasi...

PUTRAJAYA - Pasar raya dan pasar raya besar yang terhad kepada makanan dan...

KBS Nafi Beri Kontrak...

PETALING JAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menafikan tuduhan mengaitkan sebuah syarikat...

RMS Kekal Terajui FAS

KUALA LUMPUR - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah...

Penjawat Awam Ditahan Kes Rogol Wanita Indonesia

MIRI – Dua suspek ditahan berhubung kes rogol seorang wanita Indonesia berusia 30 tahun pada Isnin lepas.

Ketua Polis Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata kedua-dua lelaki berusia 31 tahun itu merupakan warga tempatan dan seorang daripada mereka adalah penjawat awam.

“Suspek pertama ditahan pada 7.30 malam semalam di Kawasan Perindustrian Piasau, manakala suspek kedua yang merupakan penjawat awam ditahan pada pukul 12.05 tengah malam tadi di Jalan Raja,” katanya di sini hari ini.

Khoo berkata suspek pertama mempunyai rekod jenayah lampau, dan merupakan penganggur dari Kampung Piasau Utara Miri.

“Suspek kedua tidak mempunyai rekod jenayah, dan kami sedang memburu suspek ketiga yang masih bebas,” katanya.

Khoo berkata suspek ketiga mempunyai rekod jenayah lampau dan tidak bekerja.


Mangsa membuat laporan polis pada Isnin lepas setelah dirogol oleh suspek di sebuah rumah di Piasau Utara.

Ketika kejadian suspek mendakwa sebagai pegawai polis ketika mereka menghampiri mangsa di sebuah kuarters pekerja pada 6 pagi Isnin.

Suspek ditinggalkan di tepi jalan di sebuah pusat beli-belah di sini pada pukul 2.30 petang hari sama selepas dia dirogol.

Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Miri dan kemudian membuat laporan polis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori