Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Agensi Pelancongan Didenda RM15,000...

KUALA LUMPUR - Akibat gagal mendapatkan lesen yang sah untuk aktiviti pengendalian umrah...

PH Tidak Pernah Janji...

PETALING JAYA - Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa berkata, Pakatan Harapan...

Pemuda PAS Perak Puas...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak mendakwa tetap berpuas hati dengan...

Michelle Yeoh Menang Pelakon...

NEW YORK: Pelakon, Tan Sri Michelle Yeoh mencipta sejarah apabila menjadi pelakon Malaysia...

Penjual Ikan Cedera Ditetak Dua Lelaki Tidak Dikenali

GEORGE TOWN – Seorang penjual ikan cedera selepas ditetak dua lelaki tidak dikenali di kawasan flat di Paya Terubong di sini, Isnin lepas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, lelaki berumur 35 tahun tersebut berada di kawasan bawah flatnya sebelum tiba-tiba dihampiri dua lelaki tidak dikenali menaiki sebuah motosikal.

Menurut sumber, sebaik menghampiri mangsa, seorang daripada lelaki berkenaan bertindak melibaskan parang ke arah belakang penjual ikan tersebut dan menetaknya sebelum mereka melarikan diri.

“Ekoran kejadian itu, lelaki berkenaan mengalami luka di kepala dan kedua-dua bahu. Dia mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang,” kata sumber itu.

Katanya mangsa tidak mengenali dua lelaki yang menyerangnya dan dia juga tidak nampak nombor pendaftaraan motosikal yang digunakan mereka.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan katanya mangsa dilaporkan stabil setelah mendapatkan rawatan.


Katanya siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan dua lelaki dipercayai berusia lingkungan 30-an yang menyerang mangsa dalam kejadian itu.

Polis akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu bagi membantu siasatan kes berkenaan, katanya.

Mior Faridalathrash berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori