Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Indonesia Temui Perakam Suara...

JAKARTA - Indonesia sudah menemui perakam suara kokpit (CVR) milik penerbangan malang Lion...

Tiada PKP, Tiada Sekatan...

BERA: Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak akan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)...

Polis Perak Cekup Penyamun...

BAGAN SERAI: Ibarat kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga....

Anwar Kesal Kes Keracunan...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Penyanyi George Michael Meninggal Usia 53 Tahun

LONDON – Penyanyi legenda pop Britain, George Michael, yang pernah menjadi terkenal dengan lagu Careless Whisper dan Last Christmas, sudah meninggal dunia pada usia 53 tahun.

“Dengan penuh dukacita, kami mengesahkan bahawa George meninggal dunia dengan tenang di rumah semasa musim perayaan Krismas,” menurut pegawai serantanya dalam satu kenyataan media pada 25 Disember.

“Keluarga beliau bagaimanapun meminta privasi mereka dihormati pada masa-masa sukar dan beremosi ini. Tiada komen lanjut buat setakat ini,” tambahnya.

Polis Thames Valley menyatakan khidmat ambulans dikerahkan ke sebuah rumah di Goring, Oxfordshire, tempat penyanyi itu tinggal, pada 1.42 tengah hari hari Ahad (9.42 malam waktu Malaysia)

“Seorang lelaki disahkan mati di tempat kejadian. Setakat ini, kematian itu dianggap tidak dapat dijelaskan namun tidak mencurigakan. Bedah siasat akan dijalankan,” menurut polis.

Michael dijadualkan mengeluarkan filem dokumentari pada 2017 selepas bertahun-tahun hidup terasing dan menjadi tajuk berita akibat insiden-insiden pelik berhubung dadah.

Beliau yang pernah terkenal dengan kumpulan Wham! dan menjual lebih 100 juta album sepanjang kerjayanya, juga terkenal dengan lagu Club Tropicana dan Faith.

michael1

“2016 – kehilangan seorang lagi orang yang berbakat. Semua kasih sayang dan simpati kami ditujukan kepada keluarga Michael,” menurut kumpulan Duran Duran, rakan seperjuangan Wham! pada 1980-an, di akaun Twitter rasmi mereka.


Bekas deejay Radio One BBC, Tony Blackburn, berkata: “Tidak boleh percaya, George Michael meninggal dunia pada usia 53 tahun. Semoga tenang bersemadi. Sangat sedih, beliau berbakat besar.”

Beberapa ahli muzik Britain ikonik meninggal dunia pada tahun 2016, termasuk David Bowie pada Januari dan pemain gitar Status Quo, Rick Parfitt, yang meninggal dunia di sebuah hospital di Sepanyol pada Sabtu.

Michael dilahirkan sebagai Georgios Kyriacos Panayiotou dari seorang bapa warga Greek Cypriot dan ibu warga Inggeris di utara London pada 1963.

Mendiang pernah bertemu dengan Andrew Ridgeley semasa sekolah menengah dan mereka berdua kemudian menubuhkan Wham! pada 1981.

Kedua-dua mereka menjadi antara kumpulan pop paling terkenal di Britain, menurut laporan agensi berita antarabangsa AFP.

Pada 2011, beliau dimasukkan ke sebuah hospital selama beberapa minggu di Vienna, dan kemudian berkata beliau nyaris mati. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori