Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Isu Terowong: Lim Hock...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan 2 exco tertinggi Pulau...

OKU Berbasikal Diserang Gajah...

LIKU perjalanan dalam mencipta Malaysia Book of Records (MBOR) oleh sekumpulan orang kelainan...

Siti Dedikasi Entri Penghargaan...

PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima...

CIDB Siasat 3 Aspek...

KUALA LUMPUR - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) akan menyiasat 3 aspek utama...

Penyanyi Muda Harus Berani Tonjol Diri Peringkat Dunia

PENYANYI Yuna berharap penghargaan kali kedua yang diterimanya menerusi Anugerah Kembara dalam Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22) dapat memberi semangat kepada pemuzik lain untuk berkarya di luar negara.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 30, berkata, dia berharap lebih ramai penyanyi muda memberanikan diri untuk kembara di negara lain dan menonjolkan diri kepada dunia.

“Ini Anugerah Kembara kedua saya terima yang membuatkan saya gembira dan terkejut, namun saya berterima kasih kerana menghargai kerja yang saya lakukan.

“Saya tak nak saya sahaja yang dapat anugerah ini dengan kejayaan ini, harap ia memberi semangat kepada orang lain terutama golongan muda untuk mencuba nasib kembara di negara lain. Anda perlu beranikan diri dan jangan takut tentang persepsi negatif orang lain,” ujarya.

Yuna ditemui dalam sidang media AIM22 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur pada Ahad.

Penyanyi lagu Crush itu pernah menerima Anugerah Kembara pada AIM18.

Sementara itu, Yuna turut menganggap sepanjang 2016 merupakan tahun terbaik buat dirinya apabila album Chapters disenarai antara 10 album R&B terbaik oleh carta Billboard.

Manakala lagu nyanyiannya, On Ghost Right antara 91 lagu yang disenaraikan oleh Academy of Motion Pictures Arts and Sciences yang bakal dipertandingkan di Anugerah Oscar 2017.

“Ini adalah tahun yang orang boleh nampak apa yang saya lakukan selama ini, jika tahun-tahun sebelum ini hanya tentang perancangan saya sahaja.


“Kesabaran saya dalam menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti akhirnya membuahkan hasil dan membuka mata banyak pihak,” ujarnya.

Tambah Yuna, lagu On Ghost Right yang menjadi lagu tema untuk filem dokumentari filem 100 Years: One Woman’s Fight For Justice merupakan projek yang datang secara tiba-tiba.

Katanya, dia terharu apabila pihak pengarah filem itu berkenan dengan suaranya untuk menyanyikan lagu tema filem kisah benar itu.

“Saya sendiri baru tahu tentang perjuangan masyarakat pribumi di Amerika Syarikat selepas terlibat dengan projek ini. Mereka menawarkan saya untuk menyanyi lagu ini kerna pengarah filem itu sukakan suara saya.

“Dia hanya mahu saya sahaja yang menyanyikan lagu itu, ia satu penghargaan buat saya kerana dapat membantu mereka,” ujarnya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori