Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pelajar Perempuan Tahun 5...

PEKAN - "Saya tahu kakak dah tiada kerana setengah jam dia dalam air,...

Jorge Pereyra Diaz Akan...

KUALA LUMPUR - Bekas penyerang import Johor Darul Ta'zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz...

MP Besut Diusir Dari...

PARLIMEN | Gara-gara gagal mengikut arahan agar duduk kembali di tempatnya, Che Zulkifly...

PKNS Komited Tingkat Kesedaran...

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) komited dalam usaha menyemai kesedaran...

Penyebaran Surat Layang Cuba Lagakan Najib Dengan Zahid

KUALA LUMPUR – Penyebaran surat layang membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi disifatkan sebagai cubaan pihak tertentu untuk melaga-lagakan kepimpinan negara dan UMNO.

Ketua Penerangan Kelab Sahabat N87 Wilayah Persekutuan (WP), Shahbudin Embun tampil membuat satu laporan polis berkaitan surat layang tersebut di Balai Polis Dang Wangi di sini, hari ini.

Shahbudin memberitahu penyebaran surat layang yang kononnya ditandatangani Ahmad Zahid kepada semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk mendesak Najib meletak jawatan perdana menteri atau dalam kata lain cubaan melakukan Coup D’tat atau rampasan kuasa.

Penyebaran Surat Layang Cuba Lagakan Najib Dengan Zahid

“Di dalam surat layang yang ditulis itu, saya telah membaca dua tiga kali dan saya rasa inilah pertama kalinya tujuan surat ini ditujukan kepada PM seolah-olah TPM cuba membuat Copu D’tat.

“Pihak penulis hantu telah meletakkan nama TPM, seolah-olah ia adalah desakan daripada TPM sendiri,” katanya.


Tambahnya lagi, perbuatan seumpama ini akan merosakkan keselamatan negara dan solidariti UMNO sebagai parti peneraju pemerintahan.

Oleh itu, Shahbudin yang mewakili kelab tersebut dengan tegas menggesa pihak polis agar segera melakukan siasatan terhadap laporan yang telah dibuat dan mencari dalang disebalik surat hantu itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori