Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mahathir Nafi Beri Jawatan...

KUALA LUMPUR - “Terima kasih rakyat, Pakatan Harapan (PH) dan kepada Tun.”Itu reaksi...

Guna Perkataan Kurang Sopan,...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini...

Menang Piala Malaysia, Pemain...

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang bakal memberi ganjaran wang tunai dua kali ganda...

Kawasan Lombong Terbiar Disaran...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyarankan supaya tanah-tanah...

Perkataan ‘Baru’ Bahasa Melayu Jadi Tular Di FB

SEJUJURNYA, berapa kerapkah anda membelek kamus bahasa Melayu (BM) atau lebih tepat lagi, Kamus Dewan Bahasa? Pasti jarang-jarang sahaja bukan?

Menurut Harian Metro, sikap malas membuka kamus BM menjadi punca utama mengapa sesetengah perkataan bahasa Melayu masih janggal digunakan dalam kehidupan seharian, malah seperti berbelit lidah mahu menyebutnya.

Tak salah masyarakat mahu memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris (BI) dengan mempraktikkan penggunaannya dalam kehidupan seharian.

Namun, apa yang terjadi hari ini adalah penggunaan perkataan BI telah menenggelamkan bahasa kebangsaan kita.

Sejak dipaparkan di akhbar Harian Metro kelmarin (Khamis), senarai perkataan baharu bahasa Melayu telah meluas ditularkan di laman sosial.

Perkataan 'Baru' Bahasa Melayu Jadi Tular Di FB

Walaupun kesemua perkataan itu sebenarnya sudah lama diterbitkan dalam kamus bahasa Melayu, namun penggunaannya yang kurang menyebabkan perkataan itu kelihatan seperti perkataan baharu.


Malah, mungkin ada dalam kalangan masyarakat yang sememangnya tidak pernah melihat atau mendengar perkataan itu, jauh sekali mengetahui maksudnya.

Perkongsian senarai perkataan itu di media sosial mendapat perhatian ramai netizen. Boleh dilihat, ramai juga yang cuba membina ayat dengan menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan 'Baru' Bahasa Melayu Jadi Tular Di FB

Bagaimana dengan anda? Boleh anda bina satu ayat dengan menggunakan perkataan yang disenaraikan? – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori