Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Amaran Hujan Lebat Di...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning...

Warga Emas Jual Tanah...

SULAWESI SELATAN - Ibarat lagu dalam salah sebuah filem lakonanan Allahyarham Tan Sri...

Keputusan Boikot Piala AFF...

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada Harimau Malaysia akan menarik diri daripada saingan...

Bayern Munich Yakin Dapat...

BAYERN Munich mendakwa berjaya memenangi perebutan untuk mendapatkan khidmat bintang Arsenal Aaron Ramsey...

Perompak Lepaskan Tembakan Rambang Samun Kedai Emas

BUKAN sahaja merompak kedai emas, sekumpulan penjenayah turut melepaskan tembakan rambang ke arah udara di Jalan Sepakat, Bagan Serai, Perai, pagi tadi.

Kejadian tersebut dirakam orang ramai yang berada di tempat kejadian dan dimuat naik menerusi akaun Facebook Kelab Info Malaysia hari ini dengan memaparkan ‘gelagat’ perompak yang mengawal di luar kedai emas.

Video: Perompak Lepas Tembakan Rambang Samun Kedai Emas

Dalam video berdurasi 50 saat itu, dua penjenayah berada di luar kedai dilihat sedang berkawal dan menunggu rakan mereka di hadapan sebuah kenderaan jenis Proton Wira berwarna putih.

Suspek telah melepaskan satu das tembakan ke udara dan menerusi suara di dalam video tersebut menjelaskan senjata jenis senapang patah itu dipercayai milik pengawal keselamatan.

Video: Perompak Lepas Tembakan Rambang Samun Kedai Emas

Individu yang merakam kejadian tersebut turut bimbang dilihat perompak namun tetap terus merakam aktiviti samun penjenayah itu.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.35 pagi itu, sejumlah lima dulang berisi barang kemas dilarikan sekumpulan penjenayah bertopeng dalam tempoh sepuluh minit.

Video: Perompak Lepas Tembakan Rambang Samun Kedai Emas

Difahamkan suspek turut melepaskan satu lagi das tembakan bagi menakut-nakutkan mangsa yang berada di dalam kedai emas tersebut.

Kesemua suspek dipercayai seramai empat orang itu melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang diletakkan di hadapan kedai. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori