Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kasihan…. Tegar Kembali Mengemis...

SUATU ketika dahulu, penyanyi cilik Indonesia ini pernah mendapat perhatian ramai setelah kisah...

Sesi Pembelajaran Melalui TV...

KUALA LUMPUR - Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua, Kementerian...

Najib Terima Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan...

Nurul Izzah ‘Sound’ Hakim...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar melalui...

Petronas Sahkan Dapat 2 Blok Laut Dalam Mexico

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan syarikat itu memperoleh projek laut dalam Blok 4 dan Blok 5 di Lembangan Salina Teluk Mexico, susulan lelongan pertama oleh Mexico ke atas kawasan eksplorasi laut dalamnnya.

Dalam satu kenyataan, syarikat minyak negara itu berkata Blok 4 diluluskan secara usaha sama 50:50 antara PC Carigali Mexico Operations, SA de CV (PETRONAS Mexico), anak syarikat milik penuh Petronas, dan Sierra Oil & Gas S de RL de CV.

Ia berkata Petronas Mexico akan menjadi operator Blok 4, sebuah kawasan seluas kira-kira 2,600 kilometer persegi, dengan kedalaman air antara 800 meter dan 1,600 meter.

“Eksplorasi awal membabitkan tempoh empat tahun, dengan Petronas Mexico dan Sierra akan memberi tumpuan ke atas pemerolehan data seismik dan pemprosesan,” katanya.

Blok 5, sebaliknya diluluskan kepada konsortium yang diketuai Murphy Sur, S de RL de CV (30 peratus), dengan usaha sama Petronas Mexico (23.34 peratus), Ophir Energy (23.33 peratus) dan Sierra Offshore Exploration (23.33 peratus).


Blok 5, yang meliputi kawasan seluas kira-kira 2,600 kaki persegi dengan kedalaman air antara 700 meter dan 1,100 meter, akan diurus oleh Murphy Sur, dengan tempoh eksplorasi awal empat tahun, termasuk komitmen program keja satu telaga.

Naib Presiden Eksplorasi, Huluan Petronas, Emeliana Rice-Oxley, berkata pembabitan syarikat dalam kawasan laut dalam Mexico itu sangat strategik untuk pertumbuhan perniagaannya yang kini memberi tumpuan kepada peluang-peluang portfolio dan eksplorasi huluan dengan nilai potensi jangka panjang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori