Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Nicol Terus Unggul Sebagai...

KUALA LUMPUR - Ratu squasy Malaysia Datuk Nicol David mengekalkan kedudukannya sebagai pemain...

Sokong PM Atas Jasanya...

MELAKA - Jasa dan sumbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi...

Vincent Tan Tingkat Pegangan...

KUALA LUMPUR - Pengasas Berjaya Corp., Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun meningkatkan...

Vida Tawar Gaji RM10,000...

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam...

PLUS – Pengguna Disyorkan Ikut Jadual TTA Sempena Krismas

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan sempena sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru 2017 yang akan datang berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan.

Jadual TTA merangkumi perjalanan orang ramai yang ingin bercuti atau kembali semula ke Lembah Klang sempena sambutan cuti perayaan tersebut bermula 23 Disember 2016 sehingga 3 Januari 2017.

Jadual ini terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

PLUS - Pengguna Disyorkan Ikut Jadual TTA Sempena Krismas

Mengikut jadual, pengguna dari Lembah Klang ke Perlis dan Kedah dicadang untuk memasuki lebuh raya bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Manakala waktu sesuai untuk bergerak ke Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Perak (Tengah) adalah antara jam 10 pagi hingga 6 petang.

Selain itu, untuk mereka yang mahu menuju ke Perak (Selatan) dan Selangor disaran memulakan perjalanan selepas jam 6 petang.


Manakala bagi mereka yang hendak ke Johor disaran bergerak antara jam 6 pagi hingga 3 petang, dan ke Negeri Sembilan serta Melaka selepas jam 3 petang.

Sementara itu, pengguna jalan raya dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), Perak (Tengah), Perak (Selatan), Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka yang menghala ke Lembah Klang dicadang memasuki lebuh raya sebelum jam 11 pagi atau selepas jam 5 petang.

Menurut PLUS, langkah ini bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori