Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MPK Roboh Tokong Menyerupai...

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini merobohkan sebuah tokong kecil...

Bekas Pegawai Polis Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

Sultan Johor Bayar Zakat...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membayar zakat sebanyak...

Sekolah Ada Kes COVID-19...

PUTRAJAYA - Sekolah yang ada merekodkan kes positif COVID-19 dalam kalangan pelajar, guru dan...

Polis Berjaya Tumpaskan ‘Geng Sapak’ Di Jerantut

JERANTUT – Polis menumpaskan kumpulan curi motosikal yang dikenali sebagai Geng Sapak hasil penahanan tiga lelaki dan berjaya merampas lima rangka motosikal yang dianggar bernilai RM20,000 dalam serbuan di sekitar Felda Gelanggi 2 dan 4 awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Aziz Ismail berkata ketiga-tiga suspek yang berumur antara 17 dan 22 tahun itu dipercayai aktif melakukan kegiatan jenayah itu sejak enam bulan lalu di sekitar daerah Maran, Bera dan Jerantut.

“Ketua kumpulan berkenaan dikenali sebagai Sapak, 22, manakala dua lagi suspek merupakan pesalah juvana berusia 17 tahun. Siasatan awal mendapati dua daripada mereka turut mempunyai rekod jenayah lampau selain positif dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata hasil soal siasat, polis menemukan lima rangka motosikal yang dibuang ke dalam kawasan semak dan sebatang sungai di Felda Kota Gelanggi Jerantut.


“Mereka didapati mencuri motosikal berkenaan dan mengambil alat ganti untuk dijual sebelum rangkanya dibuang ke dalam semak serta sungai dengan tujuan untuk menghapuskan bukti,” katanya.

Ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori