Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

8 Borang Pencalonan PRK...

REMBAU - Sebanyak lapan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Lawak ‘U-Turn’ Anwar Nafi...

MUNGKIN inilah jenaka paling dahsyat dalam sejarah siasah dunia apabila mantan seteru politik...

Auntie Anne’s Tukar Nama...

SETELAH mendapat liputan meluas rakyat Malaysia berkenaan isu sijil halal, francais makanan segera,...

Yazid Search Uzur Terkandas...

BANDAR SERI BEGAWAN - Hasrat pemain dram kumpulan Search, Yazid Ahmad untuk pulang...

Polis Tahan Dua Lelaki Terlibat Aktiviti Curi Basikal

TAMPIN – Polis menahan dua lelaki masing-masing berumur 27 dan 53 tahun kerana disyaki terlibat dalam aktiviti mencuri basikal dan memiliki barangan curi.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak berkata kedua-dua lelaki berkenaan ditahan semalam di dua tempat berasingan di negeri ini, masing-masing di Rembau dan Seremban.

“Siasatan awal ke atas suspek pertama berumur 27 tahun itu, beliau mengaku terlibat dalam kes mencuri di beberapa tempat dalam kawasan Tampin bersama dua lagi rakannya yang masih bebas.

“Suspek juga memberitahu basikal yang dicuri telah dijual kepada seorang lelaki yang merupakan pemilik kedai barangan terpakai di Seremban dengan harga RM100 bagi setiap unit basikal,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin telah ke kedai berkenaan dan mendapati terdapat tujuh buah basikal jenis Mountain Bike, sebuah kerusi taman dan sebuah mesin pemotong rumput di dalam kedai berkenaan.

“Soal siasat telah dilakukan terhadap suspek kedua dan beliau mengaku telah membeli tujuh buah basikal berkenaan dengan harga RM100 bagi setiap unit , sebuah kerusi taman dan sebuah mesin pemotong rumput dari dua orang lelaki,” katanya.

Hamazah berkata pihaknya percaya dengan tertangkapnya kedua-dua suspek berkenaan, pihaknya berjaya menyelesaikan kes-kes kecurian basikal di sekitar daerah ini.


Beliau bagaimana pun berkata usaha mengesan dua lagi rakan suspek masih giat dijalankan.

Kesemua barangan itu yang dianggarkan berjumlah RM5,000 bagaimana pun dirampas dan kedua-dua lelaki itu kini ditahan reman empat hari bermula hari ini.

Hamazah berkata bagi suspek pertama, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Manakala suspek kedua disiasat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barangan curi yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori