Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

3 Hospital Di Melaka...

MELAKA - Kementerian Kesihatan sedang menaik taraf tiga hospital di Melaka sebagai hospital...

Azizulhasni Pelanggaran Dengan Pelumba...

KUALA LUMPUR – Jaguh trek negara Azizulhasni Awang tidak dapat menamatkan perlumbaan acara...

A Kadir Tegur Menteri...

DEDAH... Kekecewaan rakyat terhadap prestasi Pakatan Harapan (PH) antara penyumbang kepada kekalahan parti...

Mila Jirin Bakal Nikah...

JUARA Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin mengakui bakal menamatkan zaman bujang bersama kekasih...

Polis Tahan Lelaki Miliki Pistol Tanpa Lesen Di Subang Jaya

SUBANG JAYA – Lelaki tempatan berusia 40 tahun yang memiliki sepucuk pistol ditahan setelah bertindak agresif ketika dua anggota Unit Kereta Peronda polis membuat pemeriksaan badan terhadapnya di Taman Puchong Utama di sini.

Anggota polis dari Subang Jaya telah mengarahkan suspek yang memandu Perodua Alza itu berhenti untuk pemeriksaan pada kira-kira 2 petang semalam.

Ketika pemeriksaan badan dilakukan, lelaki itu bertindak agresif dan mengeluarkan pistol yang disimpan di dalam bajunya, kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari.

“Anggota yang nampak lelaki itu mengeluarkan pistol telah menjatuhkannya dan merampas pistol berkenaan.

“Berlaku sedikit pergelutan di antara mereka. Salah seorang anggota terkehel di bahu kiri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata polis merampas sepucuk pistol jenis Taurus yang berisi lapan butir peluru, sepasang gari, wang tunai RM3,340, tiga telefon bimbit dan jam tangan.


Mohammad Azlin berkata siasatan awal mendapati lelaki itu tidak mempunyai lesen sah untuk memilik pistol itu serta mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan samun dan curi kenderaan.

Beliau berkata polis turut menyiasat kemungkinan suspek menyamar sebagai polis kerana mempunyai pistol dan gari.

Katanya suspek direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 8, Akta Senjata Api, yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sekurang-kurangnya enam sebatan, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori