Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

160 Mangsa Pencemaran Sungai...

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 160 mangsa yang terjejas akibat pencemaran Sungai Kim Kim...

Kecoh Wanita Nigeria Kahwini...

PELAYAR internet di Nigeria heboh susulan tersebarnya foto perkahwinan seorang wanita warganegara itu...

Datuk Siti Berniqab Di...

PENYANYI tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Muhd. Jiwa...

Kuala Lumpur, Terengganu Ke...

KUALA LUMPUR - Pendahulu Liga Perdana, Kuala Lumpur dan Terengganu layak beraksi dalam...

Polis Tahan Sepasang Suami Isteri Terlibat Kes Pecah Kereta

SEREMBAN – Polis menahan sepasang suami isteri masing-masing berusia 33 dan 30 tahun kerana terlibat dalam kes pecah sebuah kereta di taman rekreasi di Tampin hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak berkata bertindak atas makluman awam, kedua-dua suspek berjaya diberkas kurang daripada 24 jam oleh sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin yang melakukan serbuan di rumah suspek di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka pada pukul 2 petang tadi.

“Suspek kemudian menunjukkan tempat di mana dia membuang barang kes iaitu di suatu kawasan semak di Pulau Sebang. Kita telah merampas sebuah kereta jenis Proton Wira yang digunakan suspek dan siasatan juga mendapati ia merupakan kepunyaan saudara suspek dan saudaranya akan dipanggil untuk merakam percakapan.

“Turut dirampas ialah satu beg pinggang, dua kad pengenalan, dua lesen memandu, dua dompet, dua kad ATM dan dua cukai jalan motorsikal dan satu slip lesen memandu L kesemuanya milik pengadu dan tunangnya,” katanya dalam kenyataan di sini.


Beliau berkata dalam siasatan awal, suspek mengaku terlibat dalam kes pecah kereta dan ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif Methadone.

Kes disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori