MIRI – Seorang penternak ayam telah ditahan polis kerana memukul isterinya dengan tali pinggang dan rotan di Kampung Jagus Lambir, Miri semalam.
Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata, suspek yang berusia 33 tahun telah memukul mangsa berusia 34 pada pukul 4 petang hari Ahad kerana marah dihidangkan lauk yang sejuk.
“Apabila mangsa mahu memberi anjing makan lauk yg dimasak, suspek marah dan memukul pengadu menggunakan tali pinggang dan rotan,” katanya di sini hari ini.
Khoo berkata, mangsa seorang suri rumah mengalami kesan lebam dan calar akibat di rotan dan dipukul dengan tali pinggang di kaki, tangan dan seluruh badan.
“Mangsa sering dipukul suspek,” katanya sambil menambah suspek kini ditahan reman tiga hari sehingga Khamis ini. – BERNAMA