Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak Masak Tulen...

PUTRAJAYA: Kerajaan dan industri bersetuju untuk mengekalkan harga minyak masak kelapa sawit tulen...

Mufti Perlu Bersatu, Tingkat...

KUALA LUMPUR - Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud hari...

Hujan Terburuk Sekali Dalam...

SYDNEY - Ribut membawa hujan lebat dan angin kencang melanda bandar ini semalam...

Syatilla Melvin Kini Berhijab,...

ALHAMDULILLAH... Nampaknya pelakon Syatilla Melvin, 24; juga sudah mengikut jejak langkah beberapa selebriti...

Tahun Melawat Terengganu 2017, Polis Perluas Rondaan

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu akan memperluas aktiviti rondaan dan kawalan keselamatan sebagai persediaan bagi menyambut kira-kira 5.5 juta pelancong sempena ‘Visit Beautiful Terengganu 2017’.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Terengganu ACP Redzuan Abd Hamid berkata langkah itu bertujuan menjamin keselamatan pelancong yang berkunjung ke negeri ini.

“Kami akan sentiasa berada di kawasan tumpuan orang ramai seperti kawasan rekreasi dan pantai bagi meningkatkan tahap keselamatan serta keyakinan mereka ketika berkunjung ke semua daerah di Terengganu.

Semua elemen termasuk Unit Rondaan Bermotosikal (URB), unit kereta peronda polis dan polis pelancong akan digerakkan di kawasan terlibat, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Redzuan berkata program 1Polis 1Masjid yang dilaksanakan Kontinjen Terengganu kini menjadi ikutan dan contoh negeri lain.


Pahang menjadi negeri kedua melaksanakan program tersebut dalam usaha mewujudkan hubungan akrab antara pihak polis dengan kariah masjid bagi membanteras jenayah di kawasan masjid.

“Menerusi program itu kegiatan jenayah di kawasan masjid seperti kecurian tabung masjid, curi motosikal dan sebagainya berjaya dikekang dan dikurangkan hasil maklumat dan kerjasama erat bersama penduduk setempat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori