Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ancaman Pengganas: Rakyat Diminta...

PUTRAJAYA - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa rakyat Malaysia terutamanya...

268 Syor Dikemukakan Dalam...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 268 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun...

Najib Bersyukur Malaysia Ke-20...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersyukur dengan kedudukan terbaru Malaysia dalam...

Belia Felda Perlu Teruskan...

KEMAMAN - Golongan belia, iaitu generasi kedua dan ketiga Felda, perlu menghayati sejarah...

PPBM Sertai PKR, PAN Bernaung Dibawah DAP?

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sah akan menjadi salah sebuah anggota Pakatan Harapan yang diketuai DAP selepas 13 Disember ini.

Bekas Naib Presiden PAS yang kini Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub berkata, PBBM parti diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad akan membantu Pakatan Harapan menumbangkan parti Melayu UMNO.

“Pada 13 Disember ini kita akan mengadakan mesyuarat bersama Pakatan Harapan dan sama-sama kita berdoa agar Pakatan Harapan menerima PPBM pada tarikh itu.

“Pakatan Harapan akan ada empat parti iaitu DAP, PKR, PAN dan Bersatu (PPBM),” katanya pada Konvensyen PAN Nasional semalam.

Salahuddin bagaimanapun berkata, Pakatan Harapan akan tetap berhati-hati dengan Mahathir kerana katanya, “siapa tak kenal beliau”

Pakatan Harapan ditubuhkan oleh DAP dan PKR pada tahun lalu bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam yang dilihat menyusahkan politik pembangkang.


Pakatan Harapan kemudian dianggotai PAN yang ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS tetapi pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam pakatan pembangkang.

Penubuhan PAN mendapat sokongan kuat DAP serta PKR.

Mahathir pula menubuhkan PPBM tahun ini gara-gara kecewa usaha beliau mengangkat orang kuatnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang baharu tidak kesampaian.

Beliau yang berdendam dengan UMNO kerana tidak akur kepada kehendaknya kemudian menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai DAP untuk membantu mencapai agenda politik peribadinya. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori