Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Rakan Artis, Peminat Segan...

PENGHIJRAHAN selebriti-selebriti tempatan baik lelaki mahupun wanita ke arah yang lebih baik merupakan...

1MDB: Siasatan Dijangka Selesai...

KUALA LUMPUR - Hasil siasatan Jabatan Audit Negara terhadap akaun 1Malaysia Development Berhad...

Skim JanaKerja Untuk Bantu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) yang membabitkan...

Perubahan Operasi Sekolah Selepas...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan perubahan pengoperasian sekolah mengikut fasa...

Presiden Persatuan Buddha S’gor Angkat Sumpah Senator

KUALA LUMPUR – Presiden persatuan Buddha Selangor Aknan a/l Ehtook hari ini mengangkat sumpah sebagai senator buat pertama kali.

Majlis berkenaan berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S.A. Vigneswaran.

Aknan, 54, berasal dari Tumpat, Kelantan dilantik sebagai Senator bagi tempoh tiga tahun.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Bahagian, Kemajuan Industri Sawit dan Sagu, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) itu juga merupakan Penasihat Dewan Perniagaan Bumiputera Siam.

Sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan itu, Vigneswaran mengingatkan anggota dewan supaya memahami, menghayati, mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara.

Beliau berkata anggota dewan perlu menjiwai dua dokumen penting iaitu Perlembagaan Negara dan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.


“Dokumen tersebut adalah nadi Parlimen yang perlu sentiasa dijadikan panduan dalam urusan mesyuarat,” katanya.

Sementara itu, Aknan ketika ditemui pemberita berkata pelantikannya itu, merupakan penghargaan besar kepada masyarakat Siam di negara ini.

Beliau berkata pelbagai isu akan diketengahkan yang berkaitan dengan pembangunan masyarakat Siam sejajar dengan hasrat negara untuk mencapai negara maju.

“Ini kerana masih ramai masyarakat Siam khususnya di luar bandar yang menghadapi pelbagai masalah antaranya infrastruktur, ekonomi dan pendidikan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori