Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mayat Bergelimpangan Di Jalanan,...

BUCHA: Biarpun Ukraine mendakwa berjaya merampas semula semua kawasan di sekitar Kyiv, kira-kira...

Serangan Di Nice Angkara...

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan insiden trak yang merempuh orang ramai...

Piala AFF – Komen...

Cuba lihat komen di atas....apa yang anda dapat rumuskan?Thailand menang piala AFF Suzuki...

Suami Tikam Isteri: Suspek...

KANGAR: Seorang bekas tentera yang dipercayai menikam isterinya sehingga maut dalam kejadian di...

Presiden Sri Lanka Diberi Sambutan Rasmi

PUTRAJAYA – Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena yang tiba semalam untuk lawatan tiga hari ke Malaysia, diberi sambutan rasmi di Perdana Putra di sini hari ini.

Sirisena yang tiba pada 10 pagi, disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Presiden Sri Lanka kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 103 pegawai dan anggota Rejimen Askar Melayu Diraja Batalion 1.

Sirisena, yang diiringi Najib, kemudian diperkenalkan kepada barisan menteri Kabinet, pegawai kanan kerajaan dan diplomat asing yang hadir.

Najib dan Sirisena kemudian mengadakan perbincangan.

Kementerian Luar dalam kenyataannya berkata kedua-dua pemimpin akan mengadakan mesyuarat dua hala yang memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk melihat hubungan sedia ada dan kerjasama bagi mengenal pasti potensi untuk kerjasama masa hadapan.


Lima memorandum persefahaman (MoU) akan dimeterai antara kedua-dua negara menyentuh hal berkaitan pelancongan, pembangunan belia, kebudayaan, seni dan warisan, pekerja asing dan juga kerjasama saintifik dan teknikal, katanya.

Wisma Putra berkata Malaysia dan Sri Lanka menikmati hubungan baik yang meliputi bidang perniagaan dan pelaburan, pendidikan, pelancongan dan kebudayaan, sumber manusia, pembinaan keupayaan, belia dan sukan yang membawa manfaat bersama kepada kedua-dua negara.

Menurut kenyataan itu, lawatan tersebut akan memberi dorongan baharu kepada kerjasama dua hala yang akan mengukuhkan dan meningkatkan hubungan antara Malaysia dan Sri Lanka ke tahap yang lebih tinggi.

Ini merupakan lawatan sulung Sirisena ke Malaysia sejak memegang jawatan itu pada Januari tahun lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori