Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Minetech Dianugerah Projek Kerja...

KUALA LUMPUR – Minetech Resources Berhad, pakar kejuruteraan awam dan pengeluar produk bitumen,...

Ketua Pembangkang Kelantan Diarah...

KOTA BHARU - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Nozula Mat...

RM200 Juta Tambah Baik...

KUALA LUMPUR - Bajet 2017 terus memberi penekanan terhadap pendidikan awal kanak-kanak dengan...

Peserta Job Fair Pastikan...

KUANTAN - Orang ramai yang baharu mendapat kerja, khususnya menerusi program Job Fair...

Proton ‘Iriz’ Menang Anugerah Kereta Bajet ASEAN

KUALA LUMPUR – Pembuat kereta nasional, Proton Holdings Berhad (Proton) telah mencatatkan sejarah apabila modelnya, Proton Iriz dinamakan sebagai ‘Kereta Bajet Tahun Ini’.

Pengiktirafan itu diperakui pakar-pakar permotoran terkenal dari Malaysia, Indonesia dan Thailand pada majlis penyampaian anugerah 2016 ASEAN Car of the Year (ACOTY) di sini pada 16 Disember lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, ditambah satu lagi anugerah yang diterima, baru-baru ini, syarikat sangat gembira dengan pengiktirafan ACOTY khususnya disebabkan Iriz dilancarkan dua tahun lepas.

“Kami meletakkan banyak kelebihan ke dalam Iriz untuk memberi pelanggan kami nilai yang lebih baik dan anugerah ini mengiktiraf usaha kami dalam hal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan bersempena majlis itu.

Iriz yang telah diperkenalkan pada Ogos 2014, menandakan kemasukkan Proton ke dalam segmen kereta kompak.


Dari segi keselamatan, ia diberikan penarafan 5-bintang di bawah Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN, kereta tersebut digerakkan dengan enjin VVT empat silinder baharu 1.3 liter atau 1.6-liter dan berharga RM41,520 sehingga RM62,030.

Sementara itu, Proton berkata ia menawarkan rebet yang bermula daripada RM2, 200 hingga RM4,000, termasuk servis percuma selama dua tahun atau 40,000 km, yang mana datang dahulu, bagi semua pembelian baharu varian tersebut dalam bulan Disember. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori