Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Anak P.Ramlee Suruh David...

ANAK kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali mahukan penerbit terkenal, David Teo...

PRU-15: SESB Sedia 26...

Kota Kinabalu : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyediakan 26 unit janakuasa bergerak...

Erdogan Gesa Negara Islam...

PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan menegaskan lagi keperluan untuk negara-negara Islam anggota Pertubuhan...

Mangsa Banjir Di Sabah,...

KUALA LUMPUR -Ā Situasi banjirĀ di Sabah dan Sarawak menunjukkan peningkatan jumlah mangsa petang ini,...

PSM Serah Memorandum Gesa Kerajaan Kaji Perinci Sebelum Laksana Skim PPBP

PUTRAJAYA – Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyerahkan memorandum kepada Kementerian Kesihatan bagi menggesa kerajaan melaksanakan kajian terperinci sebelum memperluas Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP) pada tahun depan.

Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar Devaraj berkata pelaksanaan PPBP ke lapan hospital lain di negara ini dikhuatiri mengudang pelbagai masalah terutamanya kepada pesakit biasa.

“Pelaksanaan PPBP boleh menjejaskan kualiti rawatan yang diterima pesakit biasa yang tidak mampu membayar lebih, dan skim itu juga membuatkan doktor pakar tidak mendapat rehat secukupnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Menurutnya pelaksanaan PPBP juga boleh menyebabkan doktor pakar kerajaan enggan berkhidmat di kawasan luar bandar kerana tidak dapat mencari wang tambahan di kawasan itu.


Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya bahawa PPBP, yang dilaksanakan di Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya, akan diperluas ke hospital lain di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Temerloh, Ipoh, Kuala Lumpur, Klang dan Seremban.

Skim itu diperkenalkan kementerian bagi memberi pendapatan tambahan kepada doktor pakar di hospital-hospital kerajaan sekali gus menggalakkan mereka kekal berkhidmat dengan kerajaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori