Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

DBKL Siasat Medan Selera...

Kuala Lumpur : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyiasat premis medan selera...

UMNO Persoal DAP ‘Bisu’...

KUALA LUMPUR – UMNO mempersoalkan tindakan DAP yang membisu dengan keputusan kerajaan untuk...

Presiden Singapura Anugerah Pingat...

SINGAPURA - Presiden Singapura menganugerahkan Pingat Jasa Gemilang kepada Ketua Polis Negara Malaysia...

GST: Peniaga Diberi Tempoh...

KOTA KINABALU - Jabatan Kastam melanjutkan tarikh akhir penghantaran penyata Cukai Barang dan...

‘Puan Sri’ Direman Bantu Siasatan Kes Hina Sultan Johor

JOHOR BAHRU – Seorang aktivis alam sekitar bergelar ‘Puan Sri’ direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan jelik terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang dibuat menerusi laman sosial Facebook.

Perintah reman terhadap wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Johor Bahru Hidayah Abdul Manaf.

Turut dikenakan reman bagi tempoh yang sama adalah seorang wanita lain yang berumur 51 tahun.

Kedua-dua wanita berkenaan dilihat tiba di perkarangan mahkamah dengan menaiki kereta polis pada kira-kira 9.30 pagi sebelum beredar dengan kenderaan sama selepas selesai prosiding, kira-kira 11 pagi.

Turut hadir peguam kedua-dua mereka, Siti Zabedah Kasim.


Terdahulu, Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd menerusi satu kenyataan mengesahkan pihaknya menahan kedua-dua wanita terbabit di Batu Tiga, Shah Alam, Selangor, 8.30 malam tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata pihaknya menerima satu laporan pada 1.17 tengah hari, 20 Dis lepas berkenaan dengan satu kenyataan jelik terhadap Sultan Johor kerana kenyataan tersebut boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan negara.

Wan Ahmad Najmuddin berkata polis turut merampas dua telefon bimbit dan dua keping simkad daripada kedua-dua wanita tersebut untuk membantu siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori