Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kecoh Terowong Termahal Singapura...

SINGAPURA - Lebuh raya paling mahal di Singapura kecoh tengah hari Khamis apabila terowong...

Ribuan Hadir Rumah Terbuka...

PUTRAJAYA - Ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan hari ini mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri...

Anggota Keselamatan Mencukupi Sepanjang...

KOTA BHARU - Polis Diraja Malaysia akan memastikan anggota keselamatan yang ditugaskan sepanjang...

Lesen GDL Tidak Dikenakan...

SHAH ALAM - Lesen Good Driving Licence (GDL) tidak akan dikenakan kepada penunggang...

Rakyat Malaysia Sibuk Buat Persiapan Krismas

KUALA LUMPUR – Kini baru saja minggu kedua bulan Disember, tetapi buat ramai rakyat Malaysia, Krismas tiba lebih awal.

Ramai yang sudah berhabisan membeli-belah dan membuat rancangan untuk bersama-sama dengan orang tersayang semasa musim perayaan ini.

Suasana keriangan untuk menyambut Krismas terpancar menerusi perhiasan perayaan yang menghiasi kebanyakan pusat membeli-belah di Lembah Klang, yang penuh dengan orang ramai yang sibuk membeli-belah.

Seorang pekerja swasta dari Puchong, Oscar Lai, 23, berkata Krismas sentiasa menjadi masa terbaik untuk berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan, khususnya dengan mereka telah lama terputus hubungan.

“Krismas bukan sekadar bertukar-tukar hadiah, tetapi juga berkumpul dengan orang tersayang, berjumpa mereka dan menghabiskan masa serta kegembiraan bersama-sama.

“Syarikat saya juga sudah merancang untuk bertukar-tukar hadiah sesama rakan sepejabat dan bagi saya, hadiah yang mesti dimiliki setiap tahun semestinya coklat,” katanya kepada Bernama.

Bagi Syobana Rao, 55, yang tinggal di Amerika Syarikat sejak 20 tahun lalu, merancang untuk bersama-sama keluarganya di Kuala Lumpur selama tiga minggu, walaupun masing-masing sibuk dengan jadual ketat.

“Saya lebih teruja untuk menyambut Krismas tahun ini kerana keluarga saya dari Singapura juga akan pulang untuk meraikan perayaan ini bersama-sama tahun ini,” katanya.

Walaupun bukan beragama Kristian, Lee Kuan, 39, tidak pernah melepaskan peluang untuk menyambut festival itu bersama sahabat dan rakan sekerja.


“Tiada apa yang salah menyambut perayaan daripada agama lain, sama seperti kita menyambut Hari Raya atau Deepavali, kita menziarahi rumah sahabat dan menikmati juadah tradisional. Saya sangat menikmatinya. Terima kasih Tuhan atas masyarakat yang berbilang kaum ini,” kata setiausaha dari Sungai Buloh itu.

Penulis bebas, Hanizah Hashim, 58, gemar ke pusat membeli-belah pada Disember setiap tahun, hanya untuk menyaksikan suasana perayaan yang dihias indah sempena sambutan Krismas.

“Pokok-pokok, rusa, loceng dan tidak lupa Santa Claus…ianya hebat, dan menjadi seorang Muslim tidak menghalang saya untuk membeli-belah semasa Krismas,” katanya.

Bernama dalam tinjauan turut kagum dengan suasana sambutan Krismas di pusat membeli-belah yang dipenuhi dengan perhiasan serta pokok Krismas setinggi langit yang dihiasi dengan lampu dan perhiasan berkilauan.

Pusat-pusat seperti Suria KLCC, Nexus Bangsar South dan One Utama di Petaling Jaya tampil dengan aktiviti tema perayaan tersendiri, mengambil peluang sempena jualan akhir tahun.

Seorang kakitangan kedai hadiah, Bimian Tan, 22, berkata pada musim perayaan, selain pokok Krismas untuk hiasan, pelanggannya juga mencari hadiah lain seperti gelas, botol dan permainan.

“Mereka percaya hadiah itu boleh membawa kegembiraan kepada rakan-rakan dan saudara-mara. Jualan Krismas meningkat dari hari ke hari dan saya perhatikan
orang ramai lebih suka membeli-belah pada waktu malam, seperti selepas kerja dan lain-lain,” katanya.

Hari Krismas merupakan perayaan tahunan bagi memperingati kelahiran Jesus Christ, biasanya pada 25 Disember, sebagai perayaan keagamaan dan kebudayaan yang disambut orang Kristian di seluruh dunia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori