Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Datuk 70 Tahun Dituduh...

KUALA LUMPUR: Seorang datuk yang berusia 70 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di...

Siasatan Kebakaran HSA Dijangka...

JOHOR BAHRU - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menjelaskan pihaknya akan...

Polis Buka 12 Kertas...

NILAI - Sebanyak 12 kertas siasatan dibuka melibatkan golongan VVIP yang tidak mematuhi...

GPS Mampu Menang Semua...

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu menang di semua 82 kerusi Dewan...

Rakyat M’sia Bernasib Baik Tetapi Perlu Berwaspada – Aktivis Sosial Ang

KUALA LUMPUR – Aktivis sosial yang terkemuka Datuk Seri Ang Lai Soon berkata, rakyat di negara ini bernasib baik kerana pada umumnya pergolakan yang dialami oleh negara-negara lain tidak berlaku di negara ini.

Bagaimanapun, Ang berkata, rakyat perlu berwaspada demi memastikan pergolakan akibat perkembangan-perkembangan semasa yang mencengkam dunia tidak melanda negara ini.

“Keharmonian agama dan etnik yang sedia terjalin perlu dipelihara, sebarang perbalahan dan fahaman cauvinisme, amalan tidak beretika dan tidak bermoral dalam sebarang bentuk atau tahap harus dielakkan.

“Justeru, kita sebagai sebuah negara, boleh menjadi contoh terbaik kepada dunia dan tidak sebaliknya mencerminkan kekalutan yang menimpa negara-negara lain,” kata beliau dalam perutusan sempena Tahun Baharu, melalui satu kenyataan di sini, hari ini.


Ang berkata 2017 merupakan tahun yang amat penting bagi negara dan rakyat kerana mereka perlu berusaha secara realistik untuk menuju ke arah masyarakat yang sempurna bebas daripada penderitaan dan kemiskinan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori