Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

RM2.065 Bilion Untuk Pembangunan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM2.065 bilion diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan projek pembangunan infrastruktur...

PFA Perlu Selesai Sendiri...

KANGAR - Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) perlu menyelesaikan sendiri masalah kewangan yang...

Yamaha Lancar Aplikasi, Laman...

KUALA LUMPUR - Bagi menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggannya dan pengguna, Hong...

Undang-Undang Cubaan Bunuh Diri...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa kerajaan mengkaji semula undang-undang...

Rakyat Singapura Ketagih Minum Botol Mineral Air Paip

SINGAPURA – Ekoran mutu air paip lebih baik daripada piawaian minimum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penjualan produk air mineral yang dibotolkan kini bisnes bernilai jutaan dolar.

Pengguna republik itu sanggup berbelanja sekitar S$134 juta (kira-kira RM416 juta) untuk air botol pada 2015, meningkat 24 peratus berbanding lima tahun lalu, berdasarkan data syarikat kajian Euromonitor International.

Meskipun beberapa produk air botol diperoleh daripada mata air kaya mineral, tetapi sejumlah besar – termasuk peneraju pasaran seperti Ice Mountain oleh F&N dan Dasani oleh Coca-Cola – bersumberkan bekalan air awam.

Dua jenama terkenal ini malah membentuk lebih separuh daripada jumlah penjualan air botol di seluruh Singapura sepanjang tahun lalu, menurut data terkini diterbitkan oleh Euromonitor yang dipetik agensi berita MediacCorp.

F&N mengesahkan Ice Mountain dijual di Singapura “diperoleh dari air paip”, manakala Coca-Cola menyatakan bahawa Dasani dihasilkan untuk pasaran Singapura adalah “bekalan air tempatan dengan fasilitinya di Malaysia”.

air2

Kedua-dua syarikat terkenal itu turut menjelaskan bahawa mereka mempunyai pelbagai proses penyaringan, dan akhirnya dapat membezakan antara produk “air minum asli” daripada air paip yang kurang dirawat sempurna.


Lucunya pengguna Singapura sanggup bayar sehingga lebih seribu kali ganda untuk air botol waima dari air paip yang boleh diminum tetapi dijual pula pada harga mahal, sekali gus membingungkan ramai pakar alam sekitar.

Bayangkan sebotol air mineral 300 mililiter ada dijual pada harga serendah S$1.30 (kira-kira RM4) dan ia turut menjadikan kos sara hidup di Singapura 100 peratus lebih tinggi daripada negara jirannya sendiri, Malaysia.

Beberapa pihak, seperti Duta Kelana Prof. Tommy Koh dan Prof. Madya Leong Ching dari Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew, percaya orang ramai mungkin kurang sedar mengenai asal usul air paip bagi sesetengah produk air botol.

Namun Prof. Ng Wun Jern dari Universiti Teknologi Nanyang dan Prof. Ong Choon Ham dari Universiti Nasional Singapura percaya bahawa sebab utama ramai minum air botol adalah kerana mudah didapati. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori