Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pendaki Tertua Malaysia Tiba...

KUALA LUMPUR - James Lee Chong Meng, pendaki gunung tertua Malaysia, yang sedang...

Malaysia Berdepan Saingan Beregu...

RIO DE JANEIRO - Kebimbangan beregu lelaki dan wanita negara akhirnya menjadi kenyataan...

Najib, Rosmah Hadiri Sambutan...

BINTULU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri...

Fesyen Merapu Miley Cyrus...

SEMALAM menyaksikan kemenangan besar buat penyanyi Taylor Swift yang berjaya merangkul trofi utama,...

RAPAT 1M: Kerajaan Sediakan 35 Kabin Baharu

KUALA LUMPUR – Kerajaan membina sebanyak 35 kabin baharu bagi memudahkan operasi pasukan rondaan yang membabitkan polis, tentera dan anggota komuniti setempat dikenali sebagai Rondaan Awam Polis dan Angkatan Tentera (RAPAT 1M) di kawasan kejiranan terpilih di seluruh negara tahun ini.

Ketua Provos Marsyal, Cawangan Provos Marsyal Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Brig Jen Datuk Mardzuki Muhammad berkata kesemua kabin yang berfungsi sebagai bilik operasi itu ditempatkan di 23 kawasan kejiranan SRS (Skim Rondaan Sukarelawan) yang baharu serta 12 kawasan rondaan sedia ada di bawah Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

“Pemberian kabin telah mula diagihkan dan beroperasi awal bulan ini demi membantu KRT yang terlibat dalam melaksanakan penugasan RAPAT 1M dengan lebih berkesan khususnya menangani jenayah kejiranan seperti kes pecah rumah,” katanya.

Mardzuki berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kawasan Baharu dan Penyerahan Kunci Kabin RAPAT 1M di sini hari ini.

Beliau berkata antara kawasan rondaan baharu yang dimulakan operasi pada Mei lepas termasuk beberapa kawasan kejiranan terpilih yang berada kira-kira 20 kilometer dari kem tentera di negeri Perak, Terengganu, Pulau Pinang, Melaka dan ibu negara.

Katanya, penambahan itu yang dipersetujui pihak ATM menjadikan jumlah kawasan rondaan RAPAT 1M sebanyak 100 kawasan berbanding hanya 75 kawasan KRT yang terbabit dalam SRS menerusi inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).


“Pemberian kabin RAPAT 1M ini merupakan satu komitmen kerajaan dalam menjayakan usaha meningkatkan keselamatan komuniti walaupun dalam situasi ekonomi yang agak mencabar masa kini,” katanya.

Terdahulu, Mardzuki menyerahkan replika kunci kabin pusat operasi RAPAT 1M dan peralatan seperti T-Baton, walkie-talkie, vest, topi, wisel dan basikal kepada wakil-wakil kawasan RAPAT 1M untuk kegunaan mereka semasa rondaan dilakukan.

Turut hadir ialah Penolong Pengarah Unit Kereta Peronda (Operasi Darat) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti ACP Jangir Ibat Khan dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Abdul Halim Omar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori