Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Isu Tanah Perda: Dr...

BUTTERWORTH - Exco kerajaan DAP Pulau Pinang Dr Afif Bahardin hari ini memberi...

Gangguan Air Di Kuala...

KUALA TERENGGANU ā€“ Gangguan bekalan air melibatkan 30 kawasan di daerah ini sejak...

PICKids Di Pulau Pinang...

GEORGETOWN : Program pemberian vaksin bagi kanak-kanak (PICKids) di Pulau Pinang akan bermula...

Tidak Perlu Ke Luar...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak perlu bertindak secara peribadi...

Rasuah: Aset Hampir RM190 Juta Disita Hingga November

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita dan membekukan aset berjumlah RM185,962,819 dari 2014 hingga November lalu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata daripada jumlah itu, aset RM157,314,532 disita sepanjang tahun ini manakala RM9,331,769 tahun lepas dan RM19,316,518 pada 2014.

“Penyitaan harta ini dibuat bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA),” katanya semasa menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata lima kes rasuah didakwa di bawah AMLA tahun ini, lapan kes pada tahun lepas dan satu kes pada 2014.


Razali berkata dari Januari hingga November tahun ini, SPRM membuka 95 kertas siasatan kes rasuah melibatkan penjawat awam, swasta dan orang perseorangan membabitkan projek pembangunan kerajaan.

Beliau berkata SPRM komited dalam melaksanakan tanggungjawab dan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa, sebagaimana tertakluk di bawah perundangan sedia ada. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori