Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Ajal Budak Digilis Tayar...

BALIK PULAU - Kanak-kanak lelaki maut selepas digilis tayar kereta ibunya yang mengundur di...

Inkues Adib: Mangsa Beritahu...

SHAH ALAM - Anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim memberitahu seorang petugas Institut...

Brazil Bakal Bina Taman...

NAMPAKNYA penduduk Brazil bakal merasai satu pengalaman berlainan dari kebiasaan apabila berkunjung ke...

1,690 Kes Baru Covid-19,...

Kementerian Kesihatan melaporkan 1,690 kes baru Covid-19 semalam.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramKes aktif kini berjumlah 25,944,...

Ratu Naga ‘Mandi’ Air Longkang Dan Telur Busuk

TINDAKAN seorang perunding pembinaan yang menggunakan gelaran ‘Ratu Naga’ di laman sosial Facebook membawa satu botol air ke rumah Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos di Ampang pagi ini membawa padah apabila ‘dimandikan’ air longkang dan telur busuk.

Syarul Ema Rena Abu Samah dan beberapa ahli NGO dari Pertubuhan Sinar Ehsan dan Kelab LLL Malaysia berkumpul di rumah Jamal yang kononnya untuk memberi bantuan air.

Ratu Naga 'Mandi' Air Longkang Dan Telur Busuk

Media tempatan melaporkan, Syarul Ema diserang penyokong Jamal yang mencampakkan baldi air bewarna merah ke arahnya dan bermula pergelutan dengan membaling telur ke arah mereka.

Syarul Ema dilaporkan menghantar ‘bantuan’ air tersebut susulan protes Jamal di hadapan bangunan SUK Selangor untuk membenarkannya mandi di pejabat Menteri Besar Selangor kerana dikatakan tidak mandi selama empat hari.

Ratu Naga 'Mandi' Air Longkang Dan Telur Busuk

Sementara itu, Jamal berkata, tindakan wanita yang sering mencetuskan kontroversi itu seperti menghinanya dengan membawa satu botol air untuk memandikannya.


Menurutnya, jiran yang melihat situasi dan kekecohan pagi itu bertindak membaling air longkang dan najis ke arah Ratu Naga dan kumpulannya.

“Saya sudah minta dia balik tetapi enggan dan sebab itu dia dimandikan air longkang dan najis,” katanya.

Jelasnya, isu air adalah perkara serisu dan ia tidak boleh dipolitikkan serta dipermainkan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori