Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Indentiti 4 Lelaki Kes...

SHAH ALAM - Seorang pegawai polis hari ini mendedahkan identiti empat lelaki yang...

Bekalan Limau Mandarin Johor...

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor memberi jaminan bekalan limau mandarin di negeri itu...

Video: Lelaki Ini Sanggup...

DI KALA nilai matawang negara sedang tak menentu, seorang lelaki sanggup menghabiskan RM17,000...

LIMA 2023 ‘Tayang’ Lebih...

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 aset daripada industri aeroangkasa dan maritim akan dipamerkan kepada...

Real Madrid Juara Piala Dunia Kelab FIFA

TOKYO – Real Madrid berdepan mimpi ngeri sebelum hatrik Cristiano Ronaldo membantu mereka bangkit daripada ketinggalan 1-2 dan memberikan mereka kemenangan 4-2 ke atas Kashima Antlers pada aksi final Piala Kelab Dunia semalam.

Dua gol Gaku Shibasaki menyentak juara Eropah itu ketika kelab tuan rumah Jepun mendahului 2-1 seawal separuh masa kedua sebelum penalti Ronaldo menyamakan kedudukan buat Real selepas sejam.

Juara Eropah 11 kali itu kemudian berdepan beberapa lagi igauan dan hampir kehilangan kapten Sergio Ramos sebelum Ronaldo menjaringkan dua lagi gol pada babak pertama masa tambahan.

Real yang menjuarai kejohanan itu buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun dan bergelar juara buat kali kelima keseluruhan dijangka beroleh kemenangan mudah apabila Karim Benzema memberikan gol pendahuluan namun Shibasaki mengubah skrip perlawanan apabila menyamakan kedudukan seminit sebelum rehat.

Kashima adalah kelab Asia pertama mara ke final biarpun mereka layak menyertai kejohanan itu sebagai juara tuan rumah.

Juara Asia Jeonbuk Motors tewas pada suku akhir.

Real berada di depan apabila sepakan voli Luka Modric ditepis Hitoshi Sogahata dan Benzema menolak masuk lantunannya.

Kashima yang enggan menyerah kalah terus mempamerkan aksi kemas dan meraih gol penyamaan sebelum tamat separuh masa.


Hantaran Shoma Doi berjaya disambut Shibasaki, di mana sentuhan pertamanya tidak menjadi tetapi mendapat percubaan kedua apabila Raphael Varane gagal mengeluarkan bola dan dia merembatnya menggegar gawang lawan.

Shibasaki sekali lagi menjaringkan gol enam minit separuh masa kedua apabila memanfaatkan kesilapan Real, berjaya melepasi tiga pemain lawan sebelum melakukan rembatan leret sejauh 25 meter yang gagal diselamatkan Keylor Navas.

Real hampir berdepan kekalahan pertama sejak tewas kepada VfL Wolfsburg pada April, memiliki 36 kemenangan sehinggalah Lucas Vazquez dijatuhkan Shuto Yamamoto dan Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti.

Ronaldo menamatkan impian Kashima apabila menyambut hantaran Benzema dan merembatnya melepasi Sogahata lapan minit selepas masa tambahan dan memastikan kemenangan mereka enam minit kemudian dengan penyudah yang menggegar bahagian atas jaring lawan. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori