PERNAH menonton kartun animasi popular dari Amerika Syarikat berjudul The Flintstones? Kalau pernah, pastinya anda ada lihat rekaan bentuk rumahnya yang cukup unik menggunakan batu.
Tahukan anda, rumah seperti itu dapat dilihat di alam moden, dan paling mengujakan, rumah terdapat di Malaysia!
Ia adalah Rumah Flinstone milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, yang terletak di Mersing.
Difahamkan, rumah yang diinspirasi dari kartun berkisarkan zaman batu ini telah pun siap dibina dan telah menerima kunjungan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT).
Laman Facebook Johor Southern Tigers turut berkongsi beberapa keping gambar Rumah Flinstone tersebut.
Melihat gambar-gambar yang dikongsi, sudah cukup membuatkan kita terpukau dan kagum dengan seni rekaannya.
Pendek kata, rekaan rumah ini cukup unik dan luar biasa hinggakan timbul persoalan bagaimana ia dibina.
Anda saksikanlah sendiri ‘keajaiban’ rumah ini! – MYNEWSHUB.CC