Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dua Import Baharu Kedah...

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) II pasti berhadapan kesukaran ketika...

Kacang Tumbuh Dalam Telinga...

BEIJING - Seorang budak lelaki terpaksa menjalani pembedahan selepas sebutir kacang tersangkut di dalam...

Feminist Elements Inside The...

The method the write-up gifts is purposefully produced to connect with any essay...

ADUN Sungai Kandis Meninggal...

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei,...

Remaja Lelaki 16 Tahun Dijumpai Lemas Di Sungai Ketil

KUALA KETIL – Remaja lelaki berusia 16 tahun yang terjatuh ketika mandi di Sungai Ketil, Kampung Kuala Merah, dekat sini pada Rabu lalu, dijumpai petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Nurhafizah Muhammad Lukman berkata, mangsa, Muhammad Saiful Aiman Kilinam, ditemukan tersangkut pada akar kayu di sungai itu oleh orang awam yang turut sama membantu pihak berkuasa mencari mangsa kira-kira 5.53 petang tadi.

“Jarak mangsa dijumpai dari tempat dia terjatuh ialah kira-kira 200 meter,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Mangsa dilaporkan lemas ketika sedang mandi di sungai itu pada 4.36 petang, Rabu lepas dan operasi mencari dan menyelamat dimulakan sebaik pihak berkuasa menerima laporan tersebut.

Beliau berkata, operasi mencari dilakukan oleh 18 anggota JBPM termasuk Bomba Sukarela Sungai Petani, Angkatan Pertahanan Awam (11), Polis Diraja Malaysia (tiga), Jabatan Sukarelawan Malaysia (25) serta 14 orang kampung. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori