GILA punya kawan! seorang remaja mati dalam keadaan sadis apabila rakan sekerjanya memasukkan angin melalui duburnya menggunakan hos mesin pemampat udara.
Mohammad Yamin, 14, meninggal dunia ketika sedang bekerja kilang tekstil di Narayanganj, di pinggir Dhaka, malam Rabu.
Susulan kejadian itu, pegawai polis Manjur Quader mengesahkan telah menahan suspek kejadian ini.
“Kami sudah menahan rakan sekerjanya sebagai suspek utama,” katanya.
Ini bukanlah insiden pertama berlaku di Bangladesh, di mana Julai lalu, seorang pekerja tekstil berusia 10 tahun mati dalam cara yang sama.
Julai lalu, seorang budak berusia 10 tahun, juga bekerja di kilang tekstil mati dengan cara yang sama.
Undang-undang Bangladesh sememangnya tidak membenarkan kanak-kanak bawah 14 tahun bekerja, namun tidak diendahkan rakyatnya. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Reuters