Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Farid Kamil Beri Nama...

Farid Kamil dan Diana Danielle yang baru sahaja menimang anak perempuan telah memberikan...

Sumbangan Kepada KJ Tidak...

SHAH ALAM : Syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) dikatakan memberikan sumbangan berjumlah...

Kebocoran Dokumen PAC, Dr...

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Dr Tan Seng...

Jangan Percaya Berita PKR...

Dalam isu nama untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar (MB) Selangor, Parti Keadilan Rakyat...

Remaja Singapura Didakwa Menyamar Cucu Sultan Johor

JOHOR BAHRU – Seorang remaja lelaki warga Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan menyamar sebagai cucu Sultan Johor di sebuah kedai di Plaza Angsana dekat sini, Ogos lepas.

Remaja berusia 15 tahun itu, didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah kedai menjual pakaian di Plaza Angsana, Tampoi, pada 4.30 petang, 6 Ogos lepas.

Prosiding di hadapan Majistret Salina Omar itu dijalankan secara tertutup kerana tertuduh merupakan pesalah juvana.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali yang ditemui selepas prosiding itu, tertuduh berkenaan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan majistret.

Katanya, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin warga tempatan dan menetapkan sebutan kes itu pada 5 Januari 2017.


Sementara itu, peguam Muhammad Ashraff Mohd Diah yang mewakili tertuduh berkata anak guamnya merupakan anak ketiga daripada lima beradik dan merupakan pelajar di sebuah sekolah di Singapura.

Tertuduh disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori