SAMADA diterjemah jadi Revolusi Melati atau Melor – perkataan Revolusi Jasmin tetap dikenali sebagai tunggak utama Arab Spring yang memusnahkan negara Islam di Utara Afrika dan Mediteranean.
Revolusi warna dan bunga adalah senjata lama Open Soviety Foundation (OSF) yang mendokong idealisme membina dunia dengan masyarakat sekular tajaan George Soros.
Agenda membina negara bebas agama dan tunggak bangsa menjadikan OSF popular di kalangan aktivis hak asasi. Terutama puak minoriti. OSF memulakan langkah pensekularan dunia secara agresif sejak kejatuhan Soviet Union 1987.
Dengan menggunakan nama bunga dan imej warna – OSF menyalurkan bantuan kewangan dan lobi media massa bagi menyokong gerakan aktivis hak asasi memulakan perarakan aman. Tema perarakan biasanya mendesak pemimpin yang dikaitkan dengan nilai agama dan bangsa supaya menyerahkan kuasa kembali kepada rakyat.
OSF memiliki rekod kejayaan luar biasa di Eropah Timur dalam menjatuhkan kerajaan Pro Komunis Poland dan Yugoslavia. Ia model jalanan yang distimulasi sejak 1988. Namun kejayaan domino OSF paling menyerah ialah dalam kempen menjatuhkan pemimpin pro Rusia di negara-negara bekas jajahan Soviet Union.
Pada awal tahun 2000, OSF membantu kempen Revolusi Ros di Georgia, Revolusi Oren di Ukraine dan Revolusi Tulip di Kyrgyztan.
Kejayaan menjatuhkan pemimpin pro komunis di negara bekas jajahan Rusia menjadi tonik untuk agenda campurtangan yang lebih meluas di negara-negara sasaran.
OSF bukan sahaja memiliki senjata tunai untuk melancarkan apa juga revolusi, tetapi sokongan media utama Barat turut menguatkan kempen jalanan yang digerakkan secara terbuka berpusat di Amerika Syarikat ini.
OSF tidak mungkin berjaya tanpa sokongan strategik White House dan CIA. Malah, tiap sen dana yang dibelanjakan OSF, diisytiharkan kepada Senat AS.
Revolusi tajaan OSF selalu akan bermula dengan tuduhan kebangkitan rakyat menentang kerajaan korupsi. Atau menggunakan tema kebangkitan rakyat menentang kerajaan yang meninda menindas minoriti kaum atau agama. Kempen ini akan disokong media berpengaruh terutama CNN dan BBC.
Pada 2010, utara Afrika dan Asia Barat jadi sasaran. Revolusi Cedar dilancarkan dan mendapat sambutan di Algeria, Tunisia, Libya dan Mesir. Semua pemimpin negara ini berjaya dijatuhkan. Di Libya, ia membabitkan campurtangan ketenteraan AS dan Barat dalam ops melumpuhkan tentera Gadaffi.
Manakala di Jordan, Lubnan, Yemen, Arab Saudi, Bahrain, Mauritius dan Pakistan – revolusi ini dipatahkan.
Jangan lupa! Syria juga bermula dengan dengan Revolusi Cedar.
Hari ini – idealisme sekular OSF dan gerakan pro demokrasi menjadikan Syria dipenuhi darah. Setelah 54 bulan Syria berperang sesama sendiri sejak Julai 2012 – OSF menyepi. Soros dan sekutunya melupakan Syria ketika fokus campurtangan dialihkan ke Turki, Malaysia dan Indonesia.
Ingat! Revolusi Bersih dengan simbol Kuning adalah agenda berantai OSF. Juga ingat! Walaupun OSF bermula di negara bekas Soviet, domino Revolusi Cedar tertumpu hanya pada negara Islam.
Sekali pun hari ini umat Islam bertelingkah mengenai isu Syria sebagai perang mahzab, mereka lupa – Syria mula bergolak kerana pengaruh Revolusi Cedar yang tiada kaitan pun dengan mahzab.
Apabila berlaku perang saudara – alasan mahzab dilihat sebagai alasan terbaik media Barat untuk menutup agenda OSF yang disokong White House.
Isu perang mahzab menjadi jalan keluar mudah mengalihkan umat Islam agar melihat perang Syria sebagai perang menentang Rejim Syiah Bashar yang disokong Iran dan pejuang Hezbollah Lubnan.
Hari ini, ketika Aleppo bermandi darah dalam perang Syrian Liberation Army dan Tentera Bashar, dunia dikelirukan dengan isu mahzab.
Pada hal, kekacauan di Syria bermula dengan agenda Revolusi Cedar.
Suasana akan sama saja sekiranya Revolusi Bersih yang kuning itu, berjangkit panjang dan menjadi perang. Dunia akan dikelirukan bahawa perang saudara di Malaysia berpunca dari krisis perkauman Melayu-Cina. Dunia akan dipaksa melupakan – bahawa Bersih ialah Revolusi Warna agenda OSF. – MYNEWSHUB.CC