Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Aliff Aziz Dan Kekasih...

SEJAK akhir-akhir ini, penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz menjadi perhatian ramai selepas dilihat...

Tempoh Lesen Membalak Boleh...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan tempoh...

Isu Kalimah ALLAH Boleh...

PUTRAJAYA - Kecenderungan masyarakat termasuk ahli-ahli politik kebelakangan ini membicarakan isu penggunaan kalimah...

Saran Usahawan AIM Teroka...

KOTA BELUD - Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) disaran meneroka manfaat ekonomi digital...

Rosak Patung Kuil: Pendakwa Fail Rayuan Terhadap Perintah

KUALA LUMPUR – Pihak Pendakwa Raya yang tidak berpuas hati terhadap perintah Mahkamah Sesyen Ipoh yang membebaskan seorang siswazah perubatan daripada pertuduhan merosakkan patung di Kuil Sree Muneeswaran Amman, kerana dia tidak waras, telah menfailkan rayuan hari ini.

Dalam kenyataan media hari ini, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata semalam, Hakim Mahkamah Sesyen telah memutuskan bahawa tertuduh Fathi Munzir Nadzri, 29, telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan, namun, hakim itu mendapati ketika kesalahan itu dilakukan, tertuduh adalah tidak waras.

“Oleh yang demikian, beliau telah membuat perintah di bawah Seksyen 347 yang dibaca sekali dengan Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah untuk melepaskan tertuduh dengan amaran dan diletakan di bawah jagaan keluarga tertuduh.

“Pihak pendakwa raya tidak berpuas hati dengan perintah Hakim Mahkamah Sesyen dan telah menfailkan rayuan terhadap perintah tersebut hari ini,” katanya sambil menambah rayuan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak.

Semalam, Hakim Mahkamah Sesyen Ikmal Hishan Mohd Tajuddin dalam penghakimannya berkata terbukti dengan jelas bahawa Fathi Munzir melakukan kesalahan itu namun keterangan pakar psikiatri mengesahkan tertuduh menghidapi ‘Bipolar Affective Disorder with Psychotic Features Manic Phase’.


“Tertuduh didapati melakukan perkara itu tetapi atas imbangan kebarangkalian dia didapati melakukan perkara itu dalam keadaan tidak waras dan tidak tahu perbuatan yang dilakukan adalah salah dari segi undang-undang,” kata hakim itu.

Fathi Munzir didakwa merosakkan patung-patung di kuil tersebut di hadapan pusat beli-belah Angsana Mall di Ipoh pada 5 petang, 24 April lalu mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah turut melepaskan dan membebaskan Fathi Munzir daripada pertuduhan memiliki parang pada tarikh dan tempat yang sama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori