Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lee Kuan Yew Masih...

SINGAPURA - Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew masih menjalani rawatan menggunakan...

MH17: 24 Jenazah Sudah...

PUTRAJAYA - Dua puluh empat mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah...

Sorok Mayat kekasih Dalam...

Mexico City - Seorang remaja belasan tahun menghadapi tuduhan membunuh teman wanitanya yang...

Rahsia Kaya Datuk Vida.....

BAGI yang perasan, akhir-akhir ini timeline Facebook dipenuhi dengan video yang memaparkan kekayaan Datuk Seri...

Rusia Dituduh Godam Keputusan Pilihan Raya AS

SUMBER perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa mempunyai bukti bahawa kumpulan pengodam dari Rusia telah mencampuri urusan pilihan raya negara itu sehingga membawa kepada kemenangan mengejut Donald Trump.

Pentadbiran semasa AS melahirkan keyakinan bahawa Trump juga mengetahui perbuatan jahat pihak Rusia.

Rusia Dituduh Godam Keputusan Pilihan Raya AS

Trump bagaimanapun menafikannya dengan mempersoalkan mengapa pentadbiran semasa mengambil masa yang terlalu lama untuk mendedahkan perbuatan mengodam itu andai ia benar berlaku.

Presiden Barack Obama mengesahkan tindakan mengodam itu dan berjanji kerajaan AS akan bertindak balas.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara tepat apakah bentuk tindak balas yang dimaksudkan namun ada pakar menjangkakan sekatan ekonomi yang lebih tegas akan dibuat ke atas Rusia.

Pihak AS yakin tindakan mengodam sehingga membolehkan Trump memenangi pilihan raya berkenaan dilakukan dengan restu dari Presiden Rusia, Vladimir Putin.


Namun belum ada sebarang bukti jelas untuk mengesahkan perbuatan godam atau penglibatan Putin dikemukan pentadbiran Obama.

Kremlin telah mengeluarkan kenyataan penafian dengan melabel dakwaan itu sebagai ‘sesuatu yang diketawakan’.

Jurucakap pihak Rusia, Dmitri S. Peskov juga mengesa pentadbiran AS agar mengemukakan bukti dengan segera atau menutup terus dari bercakap mengenai isu berkenaan.

Dakwaan terbaru ini dijangka bakal mengeruhkan lagi hubungan kedua negara yang sedang berhadapan dengan beberapa isu termasuk di Syria dan Ukrine. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori