Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

TMJ Ingin Bersemuka ‘Man...

SUSULAN kes penahanan individu dan seorang lagi buruan polis yang masih terlepas ekoran...

BNM Akan Kawal Selia...

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) akan diletakkan di bawah kawal selia...

Erry Hidayat Ganti Hafifi...

KUALA LUMPUR - Biarpun masih muda, atlet angkat berat Muhammad Erry Hidayat diberi...

Subjek Keusahawanan Perlu Diajar...

KUALA LUMPUR - Subjek pendidikan keusahawanan perlu diperkenalkan bermula daripada tingkatan satu di...

RUU 355: Perwakilan Pahang Minta UMNO Sokong Hadi

KUALA LUMPUR – Cadangan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah perlu disokong semua pihak demi kepentingan umat Islam.

Perwakilan UMNO Pahang, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, rakyat secara keseluruhannya perlu yakin bahawa RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355) itu tidak membabitkan orang bukan Islam.

“Kita wajar memberikan sokongan terhadap RUU 355 supaya ia diterima.

“Seperti yang disebut Presiden UMNO, RUU ini tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikain ketika mencadangkan usul agama dan pendidikan khususnya berhubung keperluan untuk memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah di negara ini.

Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mengambil alih cadangan pindaan berkenaan untuk dikaji dan diperhalusi sebelum dibawa sebagai usul.


Najib yang juga Presiden UMNO turut mengingatkan orang bukan Islam supaya tidak bimbang dengan cadangan itu.

Selain itu, Syed Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau berkata, kerajaan diminta untuk memperkasakan sistem guaman syariah di seluruh negara.

“Kerajaan perlu mewujudkan pemusatan, menyatukan guaman syarie di negara kita kerana pada masa ini pelaksanaan antara satu negeri dan negeri lain berbeza. Keadaan ini menyebabkan rakyat keliru,” katanya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori