Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PKPD Di Pusat Bandar...

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke-6 akan dilaksanakan di Pusat Bandar Utara, Kuala...

Tiada Bukti 27 Cek...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa tiada dokumen...

Penutupan Akaun Kerajaan Pada...

PUTRAJAYA - Penutupan akaun kerajaan pada 2018 buat pertama kalinya dibuat lebih lewat...

Produk Asas Tani Mampu...

TELUK INTAN - Produk industri asas tani keluaran usahawan tempatan dilihat sudah bersedia...

Saingan Malaysia Di Kejohanan Skuasy Dunia Berakhir

KUALA LUMPUR – Saingan Malaysia untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2016 berakhir selepas tewas kepada pasukan pilihan keempat Hong Kong.

Dalam perlawanan suku akhir yang dipindahkan ke gelanggang kaca Palais Des Sports Robert Charpentier di Paris, Perancis, pada Khamis, pasukan negara diketuai pemain nombor lima dunia, Datuk Nicol David, kalah kepada Hong Kong 1-2.

Delia Arnold, yang dinobatkan sebagai juara kebangsaan baru-baru ini, memulakan saingan namun terpaksa tunduk kepada Joey Chan selepas berhempas pulas dalam perlawanan lima set, 11-8, 5-11, 11-9, 3-11 dan 6-11, yang berlanjutan selama 57 minit.

Nicol kemudiannya menyamakan kedudukan 1-1 selepas mengalahkan Annie Au menerusi straight set 11-7, 11-2 dan 11-4 dalam masa 27 minit.

Dalam perlawanan ketiga, bintang Malaysia yang semakin menyinar, S.Sivasangari tewas 1-3 kepada Tong Tsz Wing 9-11, 17-15, 11-13 dalam perlawanan yang berlangsung selama 56 minit.


Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan itu adalah tempat kedua semasa acara itu berlangsung di Kanada pada 2014.

Pasukan negara berada di tempat ketiga dalam empat edisi terdahulu – 2006, 2008, 2010 dan 2012. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori