Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tiada Perubahan Kriteria i-Sinar...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan tiada sebarang perubahan terhadap...

Buta Sekejap Apabila Gam...

NAYA apabila gam disangkakan ubat titik mata.Itulah yang terjadi kepada seorang wanita dari...

PRU15 Wajar Dilaksana Dalam...

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan melihat kewajaran Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan...

Kerajaan Peruntuk RM3.7 Juta...

MARAN - Kementerian Kesahjeteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntukkan sebanyak RM3.702 juta...

Sebuah Pusat Pemindahan Banjir Dibuka Di Dungun

KUALA TERENGGANU – Hujan lebat yang berlarutan sejak malam tadi, menyebabkan 20 orang daripada lima keluarga di Kampung Cacar Baru dekat Paka, Dungun terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan di balai raya kampung berkenaan pada 11.30 pagi tadi.

Pemangku Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Rusmi Mahmood berkata ia pusat pemindahan pertama dibuka di daerah Dungun, sejak musim tengkujuh melanda kali ini.

“Mangsa ialah enam kanak-kanak lelaki, empat kanak-kanak perempuan serta masing-masing lima lelaki dewasa dan perempuan dewasa.

“Kesemua mereka diberi bantuan awal makanan dan barangan keperluan asas untuk kegunaan sepanjang berada di situ,” katanya kepada Bernama. 


Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Left Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata rumah lima keluarga tersebut ditenggelami air berikutan hujan lebat dalam tempoh agak lama.

Katanya jumlah air hujan yang banyak bertakung di kawasan berkenaan dan memasuki rumah mangsa, menyebabkan kesemua mereka terpaksa berpindah ke pusat pemindahan atas faktor keselamatan. – BERNAMA 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori