Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

‘Iceman’ Malaysia Dihukum Mati...

BANGKOK - Seorang pengedar dadah dari Malaysia digelar ‘Iceman’ dijatuhi hukuman mati hari...

Bakal ‘Hilang’ Suami, Intan...

SETIAP perkara yang terjadi, pasti ada hikmah di sebaliknya. Kadang-kala ujian yang datang...

Tiada Bukti Berlaku Pemindahan...

DOHA : Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang bukti menunjukkan berlakunya pemindahan...

Tindakan 2 ADUN PKR...

KUALA LUMPUR - Tindakan dua wakil rakyat PKR yang menyebabkan usul mencadangkan Pengerusi...

Sehari Dalam Kehidupan YB. Dr. Irmohizam

YANG pengundi paling tidak suka tentunya YB yang hanya tunjuk muka menjelang pilihanraya. Yang pengundi bengang, tentunya jenis YB yang tidak menjenguk kawasan.

Bagi Ahli Parlimen Kuala Selangor, walaupun baru sepenggal, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim sedar, yang pengundi mahukan bukan sekadar cakap kosong dan janji manis – tetapi keprihatinan dan sikap ehsan seorang Wakil Rakyat.

Sehari Dalam Kehidupan YB. Dr. Irmohizam

Justeru, majlis kenduri, kematian dan sakit demam adalah keutamaan Dr. Irmohizam. Malah, kedai kopi dan warung tepi jalan pun dijadikan tempat pertemuan untuk bertanyakan khabar berita penduduk parlimennya.

Semalam, secara spontan Dr. Irmohizam singgah di Warung Ice Manggo di Kampung Bukit Hijau, Kuala Selangor. Hajat Dr. Irmohizam ialah beramah mesra dengan pelanggan remaja. Mendengar pandangan dan keluhan pengundi muda.

Sehari Dalam Kehidupan YB. Dr. Irmohizam

Selesai berbual dan berbincang, Dr. Irmohizam menunaikan Solat Jumaat di Masjid Darussalam Kampung Bukit Kuching, Jeram. Sekali lagi selepas solat, Dr. Irmohizam melayani aduan dan permasalahan mengenai keadaan masjid yang memerlukan bantuan Ahli Parlimen.

Sehari Dalam Kehidupan YB. Dr. Irmohizam

Habis Jumaat, Dr. Irmohizam bergegas menziarahi Maskinah Wagimon yang uzur di Kampung Bukit Kuching. Selain itu, turut meninjau bengkel kereta milik anak Maskinah dan memberi kata-kata semangat untuk terus berjaya.

Hari makin petang, jadi perlu mengejar waktu kerana selepas itu YB muda ini perlu menziarahi Puan Anum yang mengidap kencing manis. Seorang ibu yang tabah membesarkan anak-anak walaupun sakit.


Lewat petang, Dr. Irmohizam menziarahi pula Aminah Sukir yang diserang sakit strok di Kampung Bukit Kuching, Jeram. Lawatan sepanjang Jumaat diteruskan dengan mengunjungi Kahar Harun yang mengidap penyakit alzheimer di Kampung Bukit Kuching, Jeram.

Sehari Dalam Kehidupan YB. Dr. Irmohizam

Menjelang Tahun Baharu, Dr. Irmohizam mendoakan semoga penduduk Kuala Selangor agar sihat sejahtera dan sentiasa di lindungi oleh Allah SWT.

Hidup YB bukan semata-mata tentang undi dan jawatan. Bagi Dr. Irmohizam, budi dan akhlak YB juga menjadi kriteria sokongan.

Sehari Dalam Kehidupan YB. Dr. Irmohizam

“Pengundi memberikan kita amanah. Kena tunaikan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori