Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Ibu, Anak Ditemui Mati...

JOHOR BAHRU - Dua beranak ditemui mati dipercayai dibunuh dalam rumah mereka di...

Kerajaan PH Kedah Dijangka...

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) Kedah mungkin tumbang selepas beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri...

HADIS Tuntutlah Ilmu Hingga...

Ini satu yang pasti mengemparkan dan memeranjatkan kita semua kerana selama ini kita...

Proses Pengundian PRK Sg....

SUNGAI BESAR - Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar hari...

Sekelip Mata Je Penyeluk Saku Ni Curi Handphone

SEORANG penyeluk saku atau pencompet berjaya mencuri telefon bimbit seorang wanita di China dalam sekelip mata sahaja tanpa disedari mangsa.

Kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di stesen kereta api bawah tanah (Subway) Chengdu berjaya merakam aksi penyeluk saku tersebut.

Berdasarkan klip yang tersebar, seorang wanita memakai baju berwarna merah jambu diekori dua lelaki dari arah belakang dan mangsa tidak menyedari salah seorang daripada lelaki itu mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan pada poket belakang.

Sekelip Mata Je Penyeluk Saku Ni Curi Handphone

Rakaman itu dikongsi oleh Beijing Underground melalui laman rasmi Weibo dengan kapsyen, “Seorang wanita telah diekori oleh dua orang lelaki. Seorang bertindak selaku pencuri manakala seorang lagi menjadi pelindung kepada pelaku.”


Walau bagaimanapun, laman berita tempatan negara itu tidak menjelaskan sama ada kedua-dua suspek berkenaan telah dikenalpasti atau tidak, serta dikenakan tindakan terhadap kes tersebut.

Tambah laman itu lagi, kejadian itu sebenarnya berlaku pada 17 November lalu namun mula tersebar sejak Khamis lalu dan rakaman itu telah ditonton lebih 3.2 juta pengguna laman sesawang. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori