KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor mengumumkan 13 Disember ini sebagai Hari Kelepasan Am Gantian bagi negeri itu.
Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya berkata, Hari Keputeraan Sultan Selangor pada 11 Disember ini.
“Hari berikutnya iaitu 12 Disember 2016 merupakan Hari Kelepasan Am sempena Maulidur Rasul.
“Maka 13 Disember 2016 adalah merupakan Hari Kelepasan Am Gantian bagi negeri Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – MYNEWSHUB.CC