Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Puasa 3 Hari Boleh...

AMALAN berpuasa bukanlah suatu perkara yang asing di kalangan masyarakat beragama Islam. Namun, hanya...

BN Umum Calon PRK...

KEMAMAN : Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon yang akan bertanding pada Pilihan...

200 Peserta Sertai Persidangan...

KUALA LUMPUR - Para pemimpin industri perbankan, pakar pengawalseliaan serantau dan keselamatan siber...

Najib Mahu Pasukan UMNO...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan beliau akan...

Seorang Maut, Dua Parah, Lapan Cedera

JASIN – Seorang maut manakala lapan termasuk empat kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 192.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, berhampiran susur keluar Plaza Tol Ayer Keroh, 5.15 pagi tadi.

Kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova, Toyota Wish, Mitsubishi Lancer, Perodua Myvi dan sebuah lori membawa muatan ayam.

Pemandu Perodua Myvi maut selepas keretanya melanggar belakang lori membawa ayam ketika mengelak daripada melanggar tiga kenderaan lain.

Kejadian dipercayai berlaku apabila empat kenderaan terbabit cuba mengelak daripada melanggar Toyota Innova dinaiki enam beranak yang terbabas dan menghalang lorong kiri.

Mangsa kemalangan Mohd Yazad Juri, 39, yang memandu Mitsubishi Lancer berkata, kejadian berlaku selepas hujan.

“Saya tidak sempat elak Toyota Innova terbabit lalu melanggar belakang kenderaan itu menyebabkan kereta terbabas ke lorong kanan.


“Dalam keadaan kelam kabut saya terus keluar dari kereta. Beberapa saat kemudian saya yang masih dalam keadaan bingung melihat Perodua Myvi terbabit melanggar belakang lori ayam dan diseret sejauh hampir 200 meter,” katanya ketika ditemui.

Yazad berkata, dia dan beberapa lagi mangsa lain kemudian menghubungi talian kecemasan dan membantu mereka yang cedera sebelum pasukan bomba dan ambulans tiba di lokasi. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori