Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pemimpin Berpengalaman Pastikan Kestabilan...

MENJELANG pemilihan jawatan tertinggi UMNO yang akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi, persoalan...

56 Rumah Terjejas Akibat...

KANGAR - Sebanyak 56 rumah di beberapa kampung dan kawasan perumahan di Perlis...

PRU15: 31 Peratus Keluar...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 31 peratus pengundi telah...

Tuduh PM Hina Tun...

TUN Siti Hasmah dalam beberapa berita yang dilaporkan hari ini melahirkan rasa sedih...

Seorang Penunggang Maut, Seorang Cedera Apabila Motosikal Bertembung

JOHOR BAHRU – Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang lagi cedera parah apabila motosikal mereka bertembung antara satu sama lain dalam kemalangan di Kilometer 143 Jalan Johor Bahru-Melaka di Kampung Parit Bengkok, Batu Pahat, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata Md Sharif Buag @ Buang, 69, yang menunggang motosikal jenis Honda Wave sedang membelok ke kanan jalan untuk masuk ke simpang Kampung Parit Bengkok sebelum dilanggar motosikal jenis Yamaha Lagenda yang ditunggang Muhammad Adib Zahari, 22, dari arah bertentangan.

“Dalam kejadian pada 9.45 malam itu, warga emas yang dalam perjalanan dari arah Batu Pahat menghala ke Semerah maut di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Wahib berkata mayat Md Sharif yang berasal dari Kampung Parit Bengkok, Mukim 2, Bagan, Batu Pahat dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat untuk dibedah siasat.

Beliau berkata Muhammad Adib yang berasal dari Kampung Sungai Nibong, Semerah, Batu Pahat pula cedera parah dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang pembantu hospital maut apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang sebuah lori yang sedang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 1.4 Laluan Kedua Malaysia-Singapura arah utara, di sini, tengah malam tadi.


Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Supt Noor Hashim Mohamad berkata kejadian pada 12.53 tengah malam itu menyebabkan Afiq Nur Hakim Abd Razak, 20, yang berasal dari Kampung Melayu Baru, Gelang Patah, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Afiq Nur Hakim yang bekerja sebagai pembantu di sebuah hospital di Singapura mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan. Mayatnya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk bedah siasat,” katanya menerusi kenyataan.

Noor Hashim berkata siasatan awal mempercayai kejadian berlaku akibat kecuaian mangsa yang gagal mengawal motosikalnya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori