Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dua Lelaki Maut, Kereta...

JOHOR BAHRU - Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera apabila dua kereta...

Remaja Dipukul Kerana Enggan...

KEPALA BATAS - Seorang remaja lelaki cedera dipukul seorang penganggur yang dikenalinya selepas...

Mahu Terjun Bangunan Sebab...

SUASANA di pekan Rembau pagi tadi kecoh apabila seorang wanita cuba membunuh diri...

Budak Lelaki Maut Terjatuh...

PUTRAJAYA - Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 13 sebuah...

Serang Guna Parang: 3 Remaja Lelaki Ditahan

JOHOR BAHRU – Tiga remaja lelaki yang terlibat dalam kes mencederakan seorang peniaga di kawasan perumahan Bandar Selesa Jaya, Skudai di sini pada Isnin lepas telah ditahan oleh polis selang sehari selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Supt Noor Hashim Mohamad berkata penahanan ketiga-tiga suspek berusia antara 16 dan 19 tahun itu dibuat di sekitar kawasan perumahan itu, kira-kira pukul 12 tengah malam.

Turut dirampas sebuah motosikal yang disyaki digunakan semasa kejadian.

Menurut beliau, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati kesemuanya negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Bagaimanapun, kesemuanya telah direman mulai semalam (30 Nov) hingga esok bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Polis juga sedang mengesan rakan-rakan suspek yang masih bebas,” kata Noor Hashim dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa yang berusia 24 tahun dicederakan setelah membantu meleraikan perselisihan faham antara seorang lelaki yang merupakan rakannya dan juga sekumpulan 10 lelaki yang membuat bising menggunakan motosikal di hadapan rumah rakannya itu.

“Pada mulanya, kesemua suspek beredar dari tempat kejadian dan mangsa bersama rakannya pula kembali ke rumah masing-masing.


“Namun, selang 15 kemudian, rakannya terdengar semula bunyi bising motosikal dan mendapati ada sebuah kereta berada di hadapan rumah mangsa.

“Dia berasa curiga dan terus ke rumah mangsa yang terletak selang sebuah rumah dan mendapati rakannya telah cedera iaitu berdarah di jari tengah tangan sebelah kiri,” katanya.

Noor Hashim memberitahu, berdasarkan maklumat yang diberitahu mangsa kepada rakannya itu, suspek didapati telah datang semula ke kawasan perumahan terbabit dengan membawa rakan-rakan yang lain dan memaksa mangsa keluar dari rumah.

Apabila mangsa keluar ke halaman rumahnya, sebahagian daripada suspek yang disyaki dalam keadaan mabuk telah melibas parang ke arah mangsa dan terus melarikan diri.

Akibat daripada kejadian itu, mangsa mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah dan menerima enam jahitan di jarinya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori