Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

FAM: Gantung Terus Pemain,...

KOTA KINABALU - Pemain dan pegawai bola sepak yang terlibat dalam mengatur keputusan...

Zara Zya Teruk ‘Diserang’...

KEMATIAN penyanyi utama sebuah band Korea Selatan terkenal, Shinee iaitu Jong-Hyun nampaknya masih...

Cubaan Edar Dadah Tumpas...

LANGKAWI - Rancangan seorang lelaki untuk meraih puluhan ribu ringgit dengan menjual dadah...

Dijanjikan Kerja Yang Baik...

IMEJ negara tercalar gara-gara ada sesetengah majikan yang dilaporkan 'menyeksa' pekerja yang datang...

Sharnaaz Hantar Rombongan Merisik Kakak Neelofa

HUBUNGAN cinta antara pelakon Sharnaaz Ahmad dengan kekasih hatinya, Noor Nabila bukanlah perkara baharu sehinggakan peminat tidak jemu mendoakan mereka disatukan sebagai suami isteri.

Nampaknya, hajat peminat bakal tercapai apabila Sharnaaz telah menghantar rombongan merisik di kediaman keluarga bakal isterinya, pagi semalam.

BH Online melaporkan, pelakon drama Awak Sangat Nakal itu tidak akan bertunang tetapi akan terus melangsungkan majlis pernikahan pada suku pertama tahun hadapan.

Sharnaaz berkata, perancangan awal mereka untuk mengadakan majlis pernikahan sebelum ketibaan Ramadan dan Syawal bagi menyambutnya bersama dengan status sebagai suami isteri.

“Keluarga saya diwakili empat orang termasuk ibu bapa saya dan kami sepakat untuk tidak mengadakan majlis bertunang sebaliknya terus melangsungkan pernikahan,” katanya.

Jelasnya, kakak kepada Neelofa itu disifatkan memiliki ciri-ciri isteri yang baik dan bukannya hanya kekasih semata-mata.

“Melihat caranya melayan saya dan bagaimana beliau mampu berdepan dengan pelbagai keadaan, saya yakin Nabila pilihan yang tepat.


“Beliau boleh menjaga saya dengan baik, Insya-Allah,” katanya.

Tambahnya lagi, dia akan menjemput pihak media untuk hadir dan meraikan hari bahagianya pada majlis pernikahan nanti.

Katanya, cuma majlis merisik tersebut hanya ahli keluarga terdekat yang hadir. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori